Tuesday, November 9, 2010

PEMBANGKANG JUGA PERLU BERSIH DARI MAKSIAT, RASUAH, DAN KOTOR PERKAUMAN



Mengulas keyataan Dr.Mohd Asri Zainal Abidin bahawa DS Anwar patut berundur, dikalangan pembangkang juga harus bersih dari maksiat, rasuah, salah guna kuasa, nyanyuk dan sebagainya.
Pemikiran rakyat Malaysia yang hanya meletakan pemimpin parti pemerintah sahaja wajar bersih patut juga diubah. Pemikiran yang meletakan pembangkang sebagai 'bebas' melakukan apa sahaja tidak praktikal dan adil kerana untuk membersih kerajaan pembangkang itu sendiri mesti bersih seperti kain putih.
Ini tidak, diMalaysia cara kita berfikir pembangkang yang hendak membersihkan kerajaan lebih korup dari kerajaan dengan pelbagai perkara yang menjolok mata dan telinga. Korup itu maksudnya 'kotor'. Pembangkang apa?.
Pembangkang mempunyai tanggung jawabnya tersendiri bagi mempastikan perjalanan kerajaan lancar dan bersih. Sebab itu ketua pembangkang dibayar elaun khas serta berbagai kemudahan oleh kerajaan. Peribadi kepimpinan yang kotor itu menyebabkan ianya lemah dan suara-suara mereka tidak diambil kira oleh kerajaan.
Perbuatan menghalalkan rasuah, maksiat, perlakuan luar tabi'e, pemikiran perkauman yang ekstrim,  tidak menggambarkan pembangkang yang dinamis, bersih dan sesuai dengan zaman baru yang menuntut nafas baru dalam sebuah negara bangsa.
Dengan itu, pembangkang juga harus meminggirkan kepimpinan yang berkarat tidak sesuai dengan zaman.

1 comment:

  1. pembangkang juga harus menghapuskan keugamaan yang terlampau demi mendapat sokongan dan kepercayaan dari penyokong-penyokong yang bukan Islam.

    ReplyDelete