Sunday, November 21, 2010

Khalid tak ada fakta sangkal Selangor muflis 2013



FAKTA 1 - DEFISIT

Pada tahun 2009, kerajaan negeri dibawah pentadbiran Pakatan mengalami defisit berjumlah RM69.96 juta. Jumlah ini berkemungkinan akan lebih besar jika skandal Talam dalam isu 'round tripping' tidak dilakukan.

FAKTA 2 - PERBEZAAN AKAUN KERAJAAN NEGERI SEMASA PEMERINTAHAN BN DAN PAKATAN
2006 BN - Baki akaun kerajaan negeri RM 72.51 juta
2007 BN - Baki akaun kerajaan negeri RM 131.88 juta
2008 TRANSISI BN KE PAKATAN - Baki akaun kerajaan negeri RM 49.1 juta
2009 PAKATAN - Baki akaun kerajaan negeri.. DEFISIT RM65.96 JUTA
Soalan senang untuk rakyat. Berdasarkan angka atas, siapa yang gagal mentadbir ekonomi Selangor? Siapa kasi bankrap kerajaan negeri selangor ?


FAKTA 3 - JANJI PAKATAN:
'WE DO NOT SPEND MORE THAN WHAT WE HAVE'.

Kita lihat fakta berikut:
Bajet kerajaan negeri tahun 2010 berjumlah RM 1.3 billion.

Pada April, Julai dan November, peruntukan tambahan telah diluluskan. April RM69 juta, Julai RM117 juta dan November RM 8 juta.

Bajet RM 1.3 billion dicampur dengan peruntukan tambahan sebanyak 3 kali, kerajaan negeri secara jelasnya pada tahun 2010 telah mengalami defisit sebanyak RM 194 juta. (2009 defisit RM 65. 96 juta)..
Petanda petunjuk angka defisit ini bermaksud Selangor makin bankrap!

FAKTA 4 - ANGGARAN PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI ANGAN-ANGAN KALID
Kalid janji pendapatan kerajaan negeri tahun 2010 adalah RM 1.3 billion.

Setakat ni yang dapat RM 1.03 billion.

Lagi RM300 juta belum dapat lagi, hujung tahun dah dekat.

Duit dapat RM 1.03 billion tapi dah belanja RM 1.494 billion.

Bijakkah urus ekonomi?

FAKTA 5 - SELANGOR MUFLIS 2013?

- Defisit 2 tahun berturut-turut

- Bila umum belanjawan tahunan, akan ada permintaan peruntukan tambahan.

- Asyik tambah belanja tapi pendapatan tak de..tak ke bankrap namanya.

- Slogan merakyatkan Selangor wajar ditukar kepada memufliskan Selangor.

FAKTA 6 - MENTERI BESAR BUKU 555

- Dulu MB hutang Bank Islam hampir RM65 juta.

- Sekarang Selangor pulak terpalit dengan perangai berhutang Kalid

FAKTA 7 - NAJIB PUMP DUIT KEPADA KERAJAAN PAKATAN SELANGOR?

Lihat fakta dibawah

Kerajaan Persekutuan peruntukkan RM563 juta kepada kerajaan Selangor. Daripada peruntukan itu, RM480 dah sampai ke tangan Kerajaan negeri. Apa fakta menarik yang wajib rakyat tahu daripada FAKTA 7 ?

1) Kalau kerajaan persekutuan tak pump duit, maka defisit makin besar !
2) Tak ada penganiyaan langsung dari kerajaan persekutuan kepada negeri selangor.

ISU PASIR

1) Dalam ucapannya di depan Sultan Selangor pada Mar 2008, Khalid Ibrahim janji akan meningkatkan kutipan hasil penjualan pasir kepada RM150 juta.

2) Di tubuh KSSB sebagai syarikat pemonopoli utama kegiatan pasir.

3) Mengikut Laporan Audit Negara, pendapatan daripada hasil pasir Selangor berjumlah RM 4.62 juta. KSSB ternyata gagal dalam mencapai matlamat penubuhannya.

4) Kenapa KSSB gagal memberikan pulangan kepada kerajaan negeri? Dalam keadaan performance yang gagal sekali pun, pihak pengurusan KSSB telah memberikan bonus RM 82 ribu kepada pengarah eksekutifnya pada bulan jun 2009.

5) Logikkan sebuah syarikat baru yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri memberikan bonus yang tidak sesuai dengan performance mereka ?

Khalid kata kerajaan Selangor kata amalkan Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur.

Mereka sasarkan mensasarkan pendapatan dari pusat hiburan (pub, rumah urut) meningkat sehingga RM 30 juta pada tahun hadapan !?



DAri GAP sini, sini dan sini

Khalid sangkal kata Khir Toyo tak belajar ekonomi. Kalau belajar ekonomi, nafikan angka2 ini. Jika tidak terangkan kenapa jadi begini?

No comments:

Post a Comment