Thursday, November 25, 2010

Pehin Sri : Sudah ada inspirasi


by Jessica Jawing. Posted on November 25, 2010, Thursday
Jentera diminta bersedia kerana pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa


MELEPAS RINDU: Taib memeluk cucunya sejurus tiba di Hornbill Hanger, semalam. Turut kelihatan (dari kanan) Jabu, Hanifah, Dr Chan dan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib (kiri).
KUCHING: Ketua Menteri  Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam memberitahu beliau kini sudah mempunyai ‘inspirasi’ berhubung tarikh pilihan raya negeri yang akan datang.

Taib yang baru sahaja kembali dari tanah suci Mekah semalam, bagaimanapun enggan memberitahu lanjut kepada para pemberita sebaliknya masih berteka-teki dengan tarikh sebenar pilihan raya negeri.
“Saya sudah ada inspirasi tetapi saya belum bersedia untuk memberitahu anda (media), ia boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Hornbill Hanger di sini, semalam.
Beliau menambah kata, apa yang perlu dilakukan ialah jentera pilihan raya (Barisan Nasional) sekarang perlu membuat persiapan.
Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan di-adakan sama ada pada Mac atau April.
Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional manakala lapan diwakili oleh DAP dan satu oleh Bebas.
Sementara itu, ketibaan Taib di sini semalam, disambut oleh  kedua-dua timbalannya, iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta isteri Dato Sri Empiang Jabu dan menteri-menteri kabinet yang lain.
Hadir sama menyambut ketibaan beliau di hanger lapangan terbang itu ialah anak perempuannya, Datin Hanifah Hajar Taib-Alsree serta ahli keluarga yang lain termasuk cucu-cucunya.
Ketika diminta mengulas me-ngenai keahlian secara terus Barisan Nasional (BN) yang di-umumkan oleh Perdana Menteri, beliau menjelaskan ia merupakan satu idea yang amat baik.
“Kami (BN negeri) tidak ada masalah dengan perkara itu.., apabila kita menghadapi situasi di mana ramai orang mahu me-nyokong BN tetapi mendapati ia mungkin tidak diterima.
“Bukannya mereka mahu menyertai kita tetapi ingin terus menyokong BN. Saya rasa kita harus membenarkan golongan ini menyuarakan sokongan terbuka kepada BN,” tegas beliau, yang juga pengerusi BN Negeri.
Baru-baru ini Dewan Tertinggi BN membuat keputusan bersejarah dengan meminda perlembagaannya bagi membolehkan sesiapa juga mengemukakan permohonan secara terus untuk menjadi ahli BN tanpa menyertai mana-mana parti komponen, berkuat kuasa serta-merta.
Dalam perkembangan berkaitan, Taib yang ditanya me-ngenai kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, Larry Sng yang masih tidak menyertai mana-mana parti BN Negeri, menjawab  ia terpulang kepada Larry untuk membuat keputusan sama ada mahu terus bersama BN.
Namun katanya jika Larry masih ingin terus menyokong BN, beliau harus memohon semula keahlian ke ibu pejabat Majlis Tertinggi BN.
“Beliau perlu membuat keputusan dan membuat permohonan keahlian namun terpulang kepadanya, ramai di kalangan kita yang masih setia menyokong BN, meskipun mereka masih menghadapi perselisihan dalaman parti,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaan Larry Sng dalam barisan BN Ne-geri, jika Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri itu masih ingin bersama BN, Taib berkata: “Jika anda ingin menyokong BN ke-napa harus kita menolak.”

No comments:

Post a Comment