Filed Under ( Lim Guan Eng, Republic sosialis Penang ) by pisau on 25.11.10
Penang International Convention Centre (PICC) isu ini dibangkitkan pada Desember 09 apabila menelan belanja RM50juta dan keseluruhan kosnya ditanggung oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP).Projek yang mendapat bantahan ramai pihak berbilang kaum dan NGO namun ia tetap dilaksanakan oleh Guan Eng.
Sehingga sekarang Guan Eng tidak memberi penjelasan kepada pembayar cukai sama ada MPPP diarahkan menjalankan dan membiayai projek itu secara tergesa gesa tanpa memikirkan kesan hingga menyebabkan MPPP defisit.Inikah yang dikatakan cekap, akauntabiliti dan transperensi.
CAT hanyalah kosmetik yang memperbodohkan rakyat Pulau Pinang sedangkan ketua menterinya sendiri tidak mengamalkan dasar sendiri.Beliau tidak menjelaskan bagaimana projek itu dapat menguntungkan MPPP dari segi kewangan jika gagal mendapat cukup pendapatan.Guan Eng turut gagal menerangkan adakah MPPP akan turut mebiayai kos penyelenggaraan PICC.
Pisau sifatkan projek PICC hanyalah bermotifkan keuntungan yang mahu dikaut oleh DAP,ini kerana di Pulau Pinang beberapa hotel sudah mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa untuk mesyuarat,insentif,konvensyen dan pameran (MICE).
2 Projek besar dalan rancangan pembinaan oleh Times Square dan IJM Light Waterfront dalam pengetahuan kerajaan negeri,justeru apa perlunya menghabiskan wang rakyat RM50juta untuk PICC.
Ramai tidak menyedari MPPP pada waktu sekarang mengalami defisit dalam bajet 2010.
Dikhabarkan kontraktor dan konsultan yang dilantik tidak melalui proses tender terbuka,malah turut dikaitkan dengan beberapa orang kroni dan penyokong kuat DAP.
Apa perlunya menghabiskan RM50juta wang cukai rakyat untuk membina PICC?Sedangkan dahulunya mereka sendiri menentang pembinaan Penang Global City Centre kononnya membazir wang rakyat tetapi kini mengapa pula mahukan PICC?
Ramai yang mempertikaikan kerana projek ini tidak melalui proses kajian fisibiliti malahan tiada tender terbuka dilaksanakan daripada kerajaan negeri yang kononnya mengamalkan CAT.Malahan Guan Eng sendiri melantik kontraktor dan konsultan yang dikatakan berjanji untuk memberi sumbangan secara timbal balik kepada tabung DAP.
Tiada kajian dibuat mengenai kesan lalulintas malah mereka tidak memikirkan tempat meletak kereta yang amat terhad.Bayangkan jika ekspo atau pun pameran diadakan di PISA contohnya PC Fair,kereta kereta diletak di bahu jalan memenuhi di seluruh kawasan hingga menggangu lalu lintas.Ini kerana PICC di bina dihadapan PISA mana mungkin kedudukannya dapat menyelesaikan tempat letak kereta.
Mengapa tidak membelanjakan 50 juta untuk menaikkan taraf pasar pasar awam seperti di Teluk Kumbar dan Batu Maung,tidak menaik taraf tebing jalan dan ruang pejalan kaki dan menaiktaraf ekses dan keperluan OKU . Malah wang tersebut boleh digunakan untuk menaik taraf tandas awam di seluruh negeri terutamanya George Town dan kawasan tumpuan awam.
Pisau membangkitkan isu PICC sekali lagi memandangkan ramai yang membantah dan masih ramai tidak menyedari Guan Eng dan DAP dibiarkan berleluasa melakukan apa saja dengan menjarah wang kerajaan negeri untuk memenuhkan tabung mereka sebelum PRU13.
Malah Guan Eng mendesak agar projek pembinaan jambatan kedua agar diberikan kepada sub kontraktor tempatan ada kaitannya dengan beberapa syarikat yang dikhabarkan sudah berjanji untuk memberi bantuan kewangan kepada DAP.
No comments:
Post a Comment