Monday, November 8, 2010

Awasi kehadiran ‘orang luar’ menjelang pilihan raya negeri

Posted on November 7, 2010, Sunday
KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud mengingatkan penduduk luar bandar agar sentiasa mengawasi kehadiran ‘orang luar’ (pembangkang) menjelang pilihan raya ne-geri yang diadakan bila-bila masa sekarang.

Mohammad Ali berkata sememangnya pada masa ini sudah ramai ‘orang luar’ kalangan ahli-ahli parti pembangkang ‘berkeliaran’ di pelbagai kawasan terutama di luar bandar untuk memporak-perandakan masyarakat.
“Kita tahu pilihan raya negeri bakal diadakan tidak lama lagi dan sekarang kita sudah mula nampak ‘orang luar’ cuba mema-suki kampung-kampung untuk melakukan tindak-tanduk memperdayakan rakyat.
“Oleh itu, rakyat harus faham dan tidak mudah terperdaya de-ngan fitnah dan tohmahan pihak pembangkang yang cuma muncul semasa musim pilihan raya,” katanya berucap pada penyerahan Program Bantuan Rumah (PBR) Kampung Merdang Lumut, di sini semalam.
Menurut Mohammad Ali, kehadiran ‘orang luar’ dari kala-ngan pelbagai pihak pembangkang itu bukan datang untuk membantu rakyat tetapi me- mus-nahkan perpaduan dan    kehidupan rakyat di kawasan ter-babit.
“Saya tahu parti-parti pembangkang (Pakatan Rakyat) dari Semenanjung Malaysia yang datang ke sini mempunyai agenda mereka tersendiri.
“Mereka (pembangkang) cuba merampas kuasa dan membela nasib rakyat negeri ini, tetapi realitinya mereka hanya berjuang untuk kepentingan politik para pemimpin mereka sahaja,” kata-nya.
Mohammad Ali menarik perhatian perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya semata-mata mahu pemimpinnya menjadi Perdana Menteri dan PAS pula meng-amal hukum hudud yang ber-     tentangan dengan perpaduan masyarakat.
Justeru, katanya kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil lalu iaitu Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membuktikan bahawa rakyat  sudah memahami sandiwara pembangkang.
“Saya percaya rakyat negeri ini terutama penduduk luar bandar akan sentiasa bersatu padu untuk meneruskan kesinambungan politik pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN,” katanya.
Mengenai bantuan PBR itu, Mohammad Ali berkata kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menyalurkan sejumlah RM1.7 juta untuk pelaksanaan program itu di daerah Samarahan tahun ini.
Daripada jumlah itu, sejumlah RM1.2 juta diperuntukkan untuk pembinaan rumah baru dan RM528,000 untuk baik pulih  rumah serta kos pembinaan untuk sebuah rumah baru bagi mangsa kebakaran terbabit ialah RM40,000.
“Saya amat berharap dengan bantuan rumah baru itu maka penduduk terbabit dapat me-neruskan kehidupan mereka de-ngan lebih selesa,” katanya.
Hadir sama Residen Bahagian Samarahan Rodziah Morshidi, Pegawai Daerah Samarahan Mohd Aini Wahab dan Penghulu Kampung Merdang Lumut Belland Kantoi.

No comments:

Post a Comment