Salam 2 all.
Keputusan dan tindakan calun Timbalan Presiden PKR Dato' Zaid Ibrahim untuk meletakkan semua jawatan dan menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden tidaklah mengejutkan saya, malahan saperti yang telah saya sebut awal lagi, saya tidak akan terkejut bila nnanti Zaid mengumumkan keluar terus daripada PKR.
Malahan saya juga tidak terkejut beberapa lagi tokoh dan kepimpinan kanan PKR akan meletak jawatan dan keluar parti, termasuk beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN. Saya kira hanya tinggal masa sahaja. Cuma yang saya terkejut ia berlaku lebih awal dari jangkaan saya. Saya pernah menyebut bahawa PKR akan berkubur sekitar Februari atau Mac 2011 kesan daripada pemilihan ini. Rupanyan ia berlaku lebih awal.
Zaid dalam kenyataannya menegaskan bahawa proses pemilihan yang sedang berlaku "membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu. Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini" (lihat kenyataan penuh Zaid dibawah).
Saya telah secara konsisten menyatakan bahawa PKR adalah parti yang bertunjang kepada 2 elemen - pembohongan & cakap tak serupa bikin. Semuanya hanya untuk satu matlamat-untuk memahkotakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri- at all cost!!
Kalau pasal 16 Sept mereka boleh bohong satu dunia, bayangkanlah apa yang mereka boleh buat. Dan bila satu dunia dah tahu, mereka dengan "selamba dog" buat kering macam takde apa-apa. Kerana pembohongan dan cakap tak serupa bikin itu dah terlalu sebati dengan mereka sehigga bagi mereka pembohongan berikutnya dah bukan masalah. Dan yang paling bodoh ialah golongan yang masih terus menerus mengkaldaikan diri kepada perjuangan palsu ini!!
Selepas ini Zaid tunggulah..dia akan dimaki hamun dan difitnah macam-macam. Saya tidak akan terkejut kalau Zaid dituduh sebagai barua UMNO, dah dibayar RM2-3 juta, kaki judi, kai botol, mungkin juga kaki betina. Ini sudah lumrah pembangkang. Jadi nasihat saya kepada Zaid, buat pekak telinga aje lah yop. Buatlah apa yang benar, untuk kepentingan rakyat khususnya golongan marhaen.
Pada saya, Anwar sudah tidak ada pilihan. Zaid perlu dihapuskan "at all cost'. Anwar tahu dia akan ke penjara atas tuduhan meliwat Saiful, dan kali hukumannya akan lebih lama. Mungkin juga tidak kurang 15 tahun. Ini kerana pembelaan Anwar atas kes liwatnya ialah ianya konspirasi Kerajaan Dato' Sri Najib untuk menjatuhkan dia. Dan itulah yang dideangkan oleh Anwar dan anjing-anjing salakannya samada didalam mahupun diluar negara. Dan saksi penting Anwar untuk kononnya membuktikan ini ialah pembantu-pembantu khasnya sendiri iaitu Rahimi dan Rasid. Mereka adalah pegawai yang Anwar sendiri lantik sebagai pembantu khas. Dan mereka sepatutnya orang yang Anwar boleh gunakan. Dan konon cerita mereka ada membuat surat akuan sumpah membabitkan YAB PM.
Tup..tup..takde angin takde ribut kedua-dua saksi penting ini membuat lapuran polis mereka dipaksa dan diperdaya untuk membuat surat akuan sumpah membabitkan YAB PM. Mereka tak disuruh atau diupah oleh sesiapa pun, atas kerelaan dan kesedaran mereka sendiri, mereka mendedahkan bagaimana mereka dipaksa membabitkan YAB PM.
Maka hanguslah cubaan Anwar untuk memalukan YAB PM. Dan hanguslah pembelaan utama Anwar. Dan perjalanan ke Penjara Sg. Buloh sudah semakin hampir. Pengalaman saya menduga Anwar sekarang ini hanya nak mencari timing yang paling sesuai untuk beliau ke penjara. Dan bila beliau ke penjara nanti, beliau memerlukan balaci-balaci yang bersedia membuat apa sahaja untuk berjuang bagi beliau.
Disini Zaid dilihat sebagai penghalang. Zaid tidak boleh dipercayai untuk membela Anwar, kerana Zaid hanya berminat dengan reformasi bukan dengan Anwar. Malahan Zaid sudah membuat kenyataan dia bukan berminat membela Anwar, kerana alasannya 'Anwar dah ramai loyar!'.
Anwar memerlukan balaci yang akan terus menyalak walaupun dia ke penjara. Sebab itu Anwar perlukan Azmin, Nurul Izzah, Sivarasa, Tian Chua, Saifudin Nasution, Johari Abdul, Shamsul Iskandar dan lain-lain tukang salak. Ini adalah anjing-anjing salakan Anwar yang sangat loyalis, yang akan perbuat apa sahaja untuk Anwar "at all cost". Sebab itu bila pendedahan dibuat oleh sebuah blog pro PKR yang menyokong Zaid mengenai ujudnya kertas undi yang boleh dibeli, saya tidak terkejut.
Bagi golongan Anwarinas, Zaid adalah "stumbling block" kepada cita-cita mereka ke Putrajaya bersama Anwar. Maka Zaid perlu dihapuskan "at all cost". Cuma pada saya sayang Zaid tidak mahu lawan sampai ke sudah. Walaupun tahu tidak akan menang kerana penipuan, manipulasi, pembohongan dan putar belit yang dibuat, namun jika Zaid terus melawan, belaiu akan membongkar dengan lebih banyak lagi tembelang dan pekung didalam PKR. Itulah yang saya lakukan semasa melawan isu kalimah ALLAH.
Saya tahu balaci-balaci salakan Anwar akan melakukan apa sahaja untuk memaksa saya keluar PKR. Kerana pendedahan saya tentang agenda jahat DAP dan golongan Fir'aun Kecil dan yang sewaktu dengannya telah menjadikan saya "stumbling block" untuk mereka menduduki kerusi empuk Putrajaya. Bagi mereka, menggadai nama ALLAH "is a small matter". Yang penting Putrajaya! Dan saya terus lawan, walaupun mereka menghina Islam dengan membariskan panel kafir untuk membicarakan saya dalam isu "kalimah ALLAH". Saya tahu apa pun mereka akan pecat saya. Ramai yang bertanya menagpa saya tidak keluar parti masa itu.
Saya bukan tidak mahu keluar. Cuma saya mahu buktikan pekung dan tembelang mereka supaya rakyat dapat melihatnya sebagaimana saya telah melihatnya. Bagaimana golongan ini jangankan anak bini, agama pun mereka akan gadai untuk kepentingan politik mereka. Dan ternyata apa yang saya cuba buktikan terpampang jelas untuk umat dan rakyat melihatnya. Dan alhamdulillah ramai rakyat mula menyedari pembohongan dan putarbelit mereka! Cuma tinggal sedikit sahaja golongan Anwarinas yang buta dan hitam jiwanya yang masih belum dapat melihat cahaya kebenaran.
Soalan sekarang, kemana zaid selepas ini. Mungkin juga Zaid mahu menimbang menyertai PAS. Saya tengok masa PRK Hulu Selangor PAS beriya-iya berjihad untuk memenangkan Zaid, walaupun Zaid pernah cuba membatalkan enakmen hudud yang digubal oleh PAS. Yang saya khuatir, golongan pak jangoat badut ingusan Anwarinas dalam PAS juga akan menyertai "bandwagon" memaki hamun dan menghamput Zaid. Sebab dema tu Zaid, jangoat macam kambing, telornya tergantung-gantung!
Ataupun pada bacaan saya, Zaid mungkin akan keluar PKR dan menubuhkan sebuah parti baru. Parti bertunjangkan reformis. Sebab kalau PAS tidak mahu terima Zaid, beliau sudah tidak ada tempat nak pergi. UMNO jauh sekali, pasal Zaid pernah kencing UMNO. DAP? Mereka tidak berani membuat Anwar merajuk sebab Anwarlah kuda tunggangan mereka ke Putrajaya, walaupun sebenarnya ramai dikalangan pimpinan DAP cukup tidak selesa dengan Azmin & the Gang. Malah ada yang secara senyap-senyap berkempen untuk Zaid. Tetapi Zaid juga punya pengaruh yang besar didalam kepimpinan dan ahli akar umbi PKR. Dan ramai dari mereka juga tidak selesa untuk duduk dibawah kepimpinan Azmin.
Jadi tindakan bijak untuk Zaid ialah menubuhkan sebuah parti reformasi yang baru. Saya yakin ramai golongan reformis akan menyertainya, kerana ramai pejuang reformasi berjuang untuk reformasi, bukan untuk Anwar. Dan adalah lebih hebat jika Zaid dapat menarik Wan Azizah menyertai beliau dalam parti baru itu, kerana satu dunia tahu Wan Azizah tidak boleh bekerjasama dengan Azmin. Lebioh canggih kalau Zaid dapat menarik nurul Izzah dan Khalid Ibrahim. Jadi kepada Zaid, think about it. It's your game. The ball is in your hand. As the saying goes, politic is all about timing. And your timing is NOW! Grab it, or you will fade in history as a disgruntled polician. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.
Adios amigos..ole!!
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
30 Zul Qaedah 1431
08 Nov 2010
No comments:
Post a Comment