Thursday, November 4, 2010

Awang Tengah - Pengambilan pasir dipantau rapi

BPO
Posted on November 3, 2010, Wednesday
KUCHING: Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah berkata kerajaan tidak pernah mengecualikan syarikat pemegang lesen pengambilan pasir daripada mengemukakan laporan Ke-san Alam Sekitar (EIA).

Tengah berkata, walaupun kerajaan berdepan dengan kesukaran dalam penguat-kuasaan aktiviti ini di seluruh negeri, namun Jabatan Tanah dan Servei (JTS) akan terus meningkatkan tugas pemantauannya.
Menurut beliau, ia adalah bertujuan untuk memastikan semua syarikat pemegang lesen pengambilan pasir ini mematuhi undang-undang.
Beliau berkata demikian untuk mengulas laporan oleh sebuah akhbar tabloid ber-bahasa Inggeris semalam yang dikatakan berkait dengan Laporan Ketua Audit Ne-gara.
“Saya ingin memaklumkan bahawa JTS terus meningkatkan lagi tugas-tugas pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pengambilan pasir di seluruh negeri selaras dengan undang-undang,” katanya menerusi satu kenya-taan kepada media berhubung perkara itu.
Tengah berkata, laporan yang mengatakan Magna Fokus Sdn Bhd (MFSB) anak syarikat kepada Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) telah di-berikan pengecualian me-nyediakan laporan EIA serta tidak mematuhi Garis Pan-duan Pengambilan Pasir daripada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, adalah tidak benar.
Beliau berkata, kementerian telah mengeluarkan arahan kepada MFSB untuk menyedia dan mendapatkan kelulusan laporan EIA pada 1 Ogos lalu.
Menurutnya, arahan itu menuntut supaya syarikat pemegang lesen itu berbuat demikian dalam tempoh enam bulan.
Katanya, arahan itu melibatkan semua 27 lesen yang dikeluarkan kepada syarikat itu.
Tindakan itu dibuat adalah mencerminkan kerajaan ingin memastikan berkalan pasir di pasaran tidak terganggu, jelas beliau.
Tengah berkata, selain itu enam lagi syarikat lain yang turut disentuh dalam laporan akhbar terbabit telah digantung operasinya.
Kesemua syarikat terbabit hanya akan dibenarkan beroperasi semula setelah mereka mengemukakan laporan EIA yang telah diluluskan.
Mengulas lanjut tenang dakwaan yang mengatakan aktiviti pengambilan pasir tanpa kelulusan dan secara berlebihan sehingga menyebabkan hakisan tebingan sungai, kewujudan lagun, tasik dan pencemaran dalam laporan akhbar itu, Tengah berkata aktiviti pengambilan pasir di negeri ini dijalankan selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Kanun Tanah Negeri.
Menyentuh lanjut perkembang operasi sebuah syarikat yang turut disentuh dalam laporan itu, beliau berkata Million Everrich Sdn Bhd yang beroperasi di Sg Nolan telah diberi kuantiti pengeluaran sebanyak 23,040 tan metrik pasir.
Syarikat itu dibenarkan untuk mengeluar kuantiti terbabit dalam tempoh enam bulan mulai dari 1 September 2009 hingga 28 Februari 2010.
Walaupun kebenaran itu telah dikeluarkan namum Milion Everich Sdn Bhd tidak pernah menjalankan kerja-kerja pengambilan pasir di tempat itu dan kontak mereka telah ditamatkan sejak 15 September lalu.

No comments:

Post a Comment