Wednesday, November 3, 2010

Kerajaan PBB lebih baik dari kerajaan DAP - Sarawak surplus RM 60 juta, penang defisit RM 107 juta



Oleh Muda Tengah

GEORGE TOWN: The Penang government on Tuesday tabled the state budget for 2011 with a deficit of RM107.78mil RM28.8mil more than the RM78.98mil this year budget.(Petikan Bernama)


Ketua Menteri Pehin Sri Taib Mahmud ketika membentangkan bajet itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam berkata bajet ini lebih cenderung kepada pemba-ngunan bagi merangsang aktiviti dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri.Taib berkata, daripada jumlah peruntukan itu sebanyak RM3.63 bilion atau kira-kira 73 peratus untuk pembangunan dan RM1.344 bilion atau 27 peratus untuk perbelanjaan pengurusan.
Menurutnya, selain untuk merangsang aktiviti ekonomi negeri pada tahun depan, bajet ini juga bertujuan memberi peruntukan secukupnya bagi memastikan semua projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancar, ujar beliau.
Di samping itu bajet ini juga untuk memastikan rancangan jangka panjang penstrukturan ekonomi dan sosial serta peng-agihan pembangunan secara menyeluruh di negeri ini dapat dilaksanakan.
“Bajet 2011 cenderung kepada pembangunan untuk merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan,” katanya.
Semasa menekankan enam petunjuk dalam bajet ini, Taib juga terus memberi jaminan bahawa bajet negeri tahun depan akan kekal bajet surplus.
Katanya, ini bagi memastikan negeri ini memiliki kedudukan kewangan yang kukuh untuk menampung  sebarang kemungkinan keperluan pembangunan.
“Bajet 2011 dijangka akan menyaksikan surplus RM60 juta,” katanya.

(Petikan Utusan Borneo)


.

No comments:

Post a Comment