Wednesday, November 3, 2010

Bajet cenderung pembangunan

BPO
Posted on November 2, 2010, Tuesday
RM4.974 bilion untuk mengukuh dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri tahun depan
KUCHING: Sebanyak RM4.974 bilion diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet 2011 yang bertujuan memperkukuhkan pembangunan yang lebih seimbang dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan.


SELESAI PEMBENTANGAN: Taib diserbu wartawan ketika meninggalkan pekarangan Dewan Undangan Negeri selepas menghadiri mesyuarat kedua sesi ke-16 Persidangan DUN, di Kuching semalam. — Gambar Bernama
Ketua Menteri Pehin Sri Taib Mahmud ketika membentangkan bajet itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam berkata bajet ini lebih cenderung kepada pemba-ngunan bagi merangsang aktiviti dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri.
Taib berkata, daripada jumlah peruntukan itu sebanyak RM3.63 bilion atau kira-kira 73 peratus untuk pembangunan dan RM1.344 bilion atau 27 peratus untuk perbelanjaan pengurusan.
Menurutnya, selain untuk merangsang aktiviti ekonomi negeri pada tahun depan, bajet ini juga bertujuan memberi peruntukan secukupnya bagi memastikan semua projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancar, ujar beliau.
Di samping itu bajet ini juga untuk memastikan rancangan jangka panjang penstrukturan ekonomi dan sosial serta peng-agihan pembangunan secara menyeluruh di negeri ini dapat dilaksanakan.
“Bajet 2011 cenderung kepada pembangunan untuk merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan,” katanya.
Semasa menekankan enam petunjuk dalam bajet ini, Taib juga terus memberi jaminan bahawa bajet negeri tahun depan akan kekal bajet surplus.
Katanya, ini bagi memastikan negeri ini memiliki kedudukan kewangan yang kukuh untuk menampung  sebarang kemungkinan keperluan pembangunan.
“Bajet 2011 dijangka akan menyaksikan surplus RM60 juta,” katanya.
Petunjuk lain ialah untuk kepentingan pengagihan sumber pembangunan dan perkhidmatan yang sama rata kepada rakyat dan membuka peluang kepada pertumbuhan aktiviti produktif dalam sektor pengangkutan dan telekomunikasi, perdagangan dan industri serta pertanian dan pembangunan tanah.
Selain itu ia juga untuk memastikan pengurusan kewangan kerajaan negeri dilakukan secara efektif dan  efisien, katanya.
Taib berkata, daripada jumlah bajet untuk pembangunan, RM1.737 bilion diperuntukkan kepada sektor pembangunan seperti industri dan kewangan yang bertujuan melaksanakan projek-projek perindustrian serta memba-ngunkan program keusahawanan dan pelaburan.
Sektor pertanian mendapat peruntukan RM635 juta untuk membantu para penternak, nelayan dan petani di samping untuk melakukan penyelidikan pertanian dan perhutanan serta untuk keperluan sistem kumbahan dan pengairan.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM447 juta bagi tujuan menaik taraf serta membangunkan projek bekalan air bersih.
Manakala RM249 juta untuk sektor komunikasi dan pengangkutan, RM343 juta untuk pelaksanaan program di bawah pentadbiran negeri dan RM219 juta untuk pembangunan sosial dan perkhidmatan masyarakat  termasuk perumahan, skim persaraan, serta kemudahan sukan dan rekreasi.
Selain daripada itu, kita masih mengharapkan lebih banyak peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan projek-projek  jalan dan menyediakan kemudahan untuk penduduk di luar bandar.
Taib berkata, pendapatan negeri ini tahun depan diunjurkan kepada RM3.904 bilion.
Beliau berkata, sektor minyak dan gas dijangka me-nyumbang RM1.629 bilion atau 42 peratus daripada jumlah itu.
Selain itu sektor perhutanan dijangka akan menyumbang sebanyak RM585 juta atau 15 peratus daripada unjuran hasil negeri itu kelak.
Selebihnya dijangka akan disumbang oleh hasil dari-pada pelbagai jenis cukai.
“Sebagai sebuah negeri yang membangun adalah penting untuk kita memberikan prio-riti yang lebih kepada sektor pembangunan, oleh itu 73 peratus daripada bajet 2011 akan diperuntukkan untuk sektor pembangunan.
“Peruntukkan bagi bajet 2011 bertujuan untuk me-rangsang kegiatan ekonomi negeri dan secara langsung menstabilkan keadaan eko-nomi semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2011 pada mesyuarat kedua sesi ke-16  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.
Tambahnya lagi, bajet 2011 lebih kepada penstrukturan semula ekonomi dan sosial, dan pelan transformasi bagi memastikan seluruh pelosok negeri menikmati pembangunan yang sama rata.
Pelaksanaan bajet 2011 akan membuka lebih banyak pe-luang pekerjaan serta pelaburan dan seterusnya membantu mengurangkan jurang perbezaan pembangunan di bandar dan luar bandar.

No comments:

Post a Comment