Posted on November 11, 2010, Thursday
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan semalam kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong yang membangkitkan isu peribadi pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).Beliau berkata demikian di-sebabkan Violet mencelah ketika beliau membuat ucapan penggulungan semalam dengan mengucapkan tahniah kepadanya berkenaan perkahwinannya yang kedua sebelum bertanyakan kenapa anaknya diberi harga tanah yang sangat murah di kawasan BDC.
Menurutnya tindakan ADUN tersebut dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) lebih mementingkan agenda peribadi berbanding kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sarawak.
“Saya berasa kesal kerana memberi ruang kepada anda (Violet) untuk mencelah, sepatutnya anda bertanyakan hal berkaitan dengan kepentingan rakyat dan bukannya hal peribadi.
“Perkara seperti ini tidak sepa-tutnya dipersoalkan di sini (DUN) dan saya tidak pernah bertanya kepada anda berapa orang teman lelaki yang anda ada,” kata Dr Chan yang menegur tindakan Violet ketika sesi penggulungan semalam.
Sikap parti pembangkang itu katanya juga terbukti apabila mereka menentang usul penerbitan Kertas Putih yang bertujuan bagi menghalang individu, orga-nisasi serta media luar terutama dari barat menganjurkan aktiviti-aktiviti tidak diingini dan tidak sihat di negeri ini.
“Perkara sebegini menjadi ke-utamaan kepada rakyat Sarawak namun ia tidak menjadi kepentingan kepada DAP Sarawak.
“DAP Sarawak bertindak mempertahankan pemimpin dan penyokong mereka dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak merupakan yang kedua bagi mereka,” katanya ketika membahaskan penggulungan bagi Kementerian Pelancongan dan Warisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.
Ia menurut beliau jelas menunjukkan sikap sebenar parti pembangkang itu yang lebih memen-tingkan agenda peribadi daripada kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sarawak sendiri.
Sebaliknya bagi Barisan Nasional (BN) kata Dr Chan, sentiasa terus mempertahankan hak dan kesejahteraan rakyat di sini.
Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata misalnya SUPP yang telah ditubuhkan semenjak 1950 terus memberi khidmat kepada rakyat khasnya masyarakat Cina bersama parti komponen BN lain dengan rasa rendah diri.
“Malahan SUPP berjaya membantu menempatkan semula serta membina banyak sekolah kebangsaan Cina di negeri ini termasuk di Sibu, Bintulu, Sarikei dan Limbang.
“Ia bukti kukuh apa yang telah dilakukan SUPP dalam pendidikan masyarakat Cina di Sarawak,” katanya.
itulah masalah DAPigs... dalam persidangan DUN pun nak sentuh benda2 camni...
ReplyDeleteAku x suka Violet Yong.
ReplyDeletePengalaman peribadi dalam tahun 2009 ketika membuat urusan di Pejabat Imigresen Negeri Sarawak, Simpang Tiga, Kuching; Sedang aku menunggu urusan dokumen aku siap, Violet Yong menerpa ke kaunter, "Kamu tak tahu ka saya siapa? Saya YB tau?! Saya ada banyak lagi urusan yang perlu dibuat.!$@#@%!@$&%* etc.." mengherdik pegawai imigresen. Violet di sana atas urusan menyelesaikan masalah imigresen seorang WARGA FILIPINA. Kalau dia nak uruskan hal ehwal rakyat warganegara kita Malaysia, aiman xkesah..memang YB berjiwa rakyat la..ni x. aku rasa nak bagi penampor je ke dia. Pegawai Imigresen kat situ sume berbudi bahasa tau..dia sorang tiba2 datang trus macam org gila meroyan.
~Anak Sarawak~