Tuesday, November 30, 2010

Penduduk Saribas syukur jalan naiktaraf




Oleh : Hazemi Hj Entek
DEBAK – Naik taraf jalan utama dari Pekan Debak ke Bangkit Ijok, Spaoh telah memberi kelegaan kepada masyarakat disini yang telah sekian lama mengharungi jalan berdebu dan berbatu.
Jalan tersebut bukan sahaja memberi kemudahan akses kepada empat buah rumah panjang disini, malah ianya suatu berita gembira bagi semua rakyat di kawasan Debak dan Spaoh dan sesiapa yang melaluinya.
‘Ini satu berita yang amat gembira, kata salah seorang penduduk yang ditemui. Telah sekian lama kami meredah jalan yang berbatu. ‘Jika musim panas jalan berdebu dan jika musim hujan jalan becak dan berair, keluhnya.
Kami amat bersyukur dan berterimakasih kepada kerajaan, ujarnya. Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang berjiwa rakyat.
Sambil menyatakan polisi kerajaan adalah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat telah terbukti. Jelas mereka lagi, walaupun sebelum ini jalan tersebut berbatu dan sedikit sebanyak menyukarkan perjalanan kami, namun kami rasa amat gembira kerana akhirnya jalan tersebut dinaik tarafkan sambil menambah hanya kerajaan Bariasan Nasional sahaja yang mampu berbuat demikian.
Dalam pada itu, selain dari jalan akses ini, mereka juga berharap kepada kerajaan agar kemudahan jalan akses ke tanah-tanah pertanian dapat di buat untuk memudahkan para petani untuk membuka dan menerokai tanah terbiar untuk kegiatan ekonomi penduduk disini.
Jalan tersebut menghubungkan Pekan Debak, Rumah Panjang Suri Baroh, Suri Lalang, Suri Tengah , Bangkit Ijok dan Bangkit Rembai Baru disamping jalan akses ke tanah pertanian utama penduduk di sini. Malah jalan ini merupakan jalan pintas dari Debak ke Spaoh, Bungin, Serembang, Manggut dan Tuie.
Kerja-kerja naïf taraf sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong dan dijangka siap tidak lama lagi. Jika jalan tersebut siap sepenuhnya nanti membolehkan pengguna terutama yang datang dari kawasan Spaoh dan persekitarannya dalam keadaan selesa.

No comments:

Post a Comment