Pada Masihi 1598, negeri Sarawak yang diketahui sekarang berada di bawah naungan KeSultanan Brunei. Pasca merdeka sarawak dikenali sebagai bumi kenyalang (50 tahun) dan pada waktu pemerintahan keluarga Brooke ia digelar Kingdom of Sarawak (1847 ke 1941). Namun untuk ratusan tahun lamanya ia dikenali sebagai Sarawak Darul Hana.
Pada Masihi 1598 Sultan Brunei Sultan Muhammad Hassan telah lindung (mangkat). Baginda meninggalkan 3 putera iaitu Pengiran Abdul Jalil, Pengiran Muda Tengah dan Pengiran Mawalil Wasit @ Raja Bongsu. Pengiran Mawalil Wasit menjadi Sultan Sultan Sulu Masihi 1610 sehingga 1650. Pengiran Muda Tengah juga dikenali sebagai Muhammad Hafiz kerana hafaz atau hafal Al-Quran. Pengiran Abdul Jalil adalah yang paling tua namun Pengiran Muda Tengah lahir apabila Sultan Muhammad Hassan sudah menjadi Putera Mahkota.
Pengiran Muda Tengah langsung tidak mempertikaikan Pengiran Abdul Jalil naik takhta menjadi Sultan Brunei walaupun baginda mampu berbuat demikian sebagai anak yang dilahirkan ketika ayahandanya Putera Mahkota. Pengiran Muda Tengah minta kebenaran agar baginda boleh pergi ke 'Serawak' dan menubuhkan pentadbiran disana. Baginda mahu menolong memberi keselamatan dan kemakmuran kepada rakyat Sarawak.
Baginda membuat persiapan untuk pergi ke Sarawak dengan ditemani oleh lebih daripada 1,000 perwira dari kaum Sakai, Kedayan and Pulau Bunut. Ramai orang Awangan bersama untuk menjadi penolong-penolongnya. Beberapa golongan bangsawan turut berangkat bersamanya untuk membantu baginda mengurus sebuah negeri baru. Kebanyakan daripada mereka merupakan nenek moyang kepada masyarakat Melayu di Sarawak pada hari ini.
Di Sarawak, Sultan baru dan anak buahnya mula membina sebuah istana dan benteng untuk mempertahankan istananya. Sultan Tengah kemudian melantik orang-orang besarnya. Antaranya ialah Patinggi Datuk Seri Setia, Indera Wangsa Shahbandar Datu, Datu Amar Setia Di-raja dan Datuk Temenggong Laila Wangsa. Setelah semuanya selesai, Sultan Tengah dimahsyurkan sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yang pertama. Menurut Sejarah Sambas, Sultan Tengah juga dikenali dengan nama Sultan Abdul Jalil. Dikatakan pada masa inilah negeri ini digelar sebagai Sarawak Darul Hana.
Bersambung dalam artikel seterusnya dalam blog ini berjudul, 'Sultan Ibrahim Ali Omar Shah'.
Salam perjuangan...
ReplyDeleteNang antap artikel tok... boleh sik berik tauk rujukan pasal Sarawak Darul Hana tok?
Innterested :)
u learn new things everyday... good read... proud to be Sarawakian!
ReplyDeletepenambah ilmu. bagus bro.
ReplyDeletethanks kongsi ilmu
ReplyDeletesejarah yang perlu orang muda tahu...tahniah muda tengah...teruskan menulis tentang sejarah sarawak...
ReplyDelete