Monday, October 21, 2013

Keep cliques, factions at bay - YAB Pehin Sri Taib Mahmud Presiden PBB


SHOW OF UNITY: Taib (third left) leads PBB delegates and observers to chant ‘Hidup PBB’. With him are (from left) senior vice-president Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, deputy president Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, vice-president Dato Sri Michael Manyin Jawong and Information chief Tan Sri Adenan Satem. — Photo by Muhammad Rais Sanusi
by Geryl Ogilvy Ruekeith borneo post  October 21, 2013, Monday
KUCHING: Cliques and factions must never be allowed to take roots in PBB, and the party must continue to strive to meet the aspirations and wishes of the people.
PBB president Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, who gave this advice, said the party must also remain highly focussed on development to ensure that the party and Barisan Nasional (BN) remain relevant to the society.
“It is important for all members to take care of the party and make sure that cliques do not exist within PBB. Do not let the party be divided among many groups and factions,” he said at PBB’s 50th Anniversary Celebration and Seminar on Political Matters at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) here yesterday.
The event was held in conjunction with the 13th PBB Triennial Convention, which started on Oct 18 and ends tomorrow.
Taib, who is also state BN chairman and chief minister, cautioned that there would be instances where the party’s solidarity would be put to the test, especially when a change in leadership occurs.
Hence, it was vital for the party, which is the backbone of the state BN, to remain united and rally behind its leadership well after he had retired.
“Many new leaders have emerged, including those I have groomed, and these people are experienced. We must realise that in PBB the leadership will change.
“The party will face this situation in the future, but the most important aspect is to ensure  hat stability remains within the party.”
Taib stressed that only a strong party could retain the support and trust of the people, and deliver the goods to the people.
He said he was proud to note that PBB had managed to unite the Malays, Ibans, Bidayuhs and Orang Ulus since day one of its formation, and that this ‘special achievement’ must be preserved.
“PBB is known as the most stable political party, with strong support. This is something we must remember and follow to continue serving the people.”
Taib reiterated that the party’s struggles must be motivated by the wishes and aspirations of the people.
“We created this party based on the understanding that we need to introduce change to turn Sarawak … to turn it into a developed state. This will create a better life for the people.
“Today, we dare say about 97 per cent of the population is living above poverty level. More than 75 per cent of the people have access to road infrastructure, clean water supply and 24-hour electricity.
“Education has reached 100 per cent of the population. This should be the measurement for our struggles in PBB.”
He also spoke of the need for the struggles to help the people to be balanced and highly focussed to those in need, especially the rural community.
“As long as we remain highly focussed on development, PBB and Barisan Nasional will remain relevant in the eyes of the rakyat to fulfil their needs.”


Friday, October 11, 2013

PBB tidak mengganggu parti komponen BN



PBB tidak akan bertanding di Krian: Adenan

Utusan Borneo October 11, 2013, Friday
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana ia telah diperuntukkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Ketua Penerangan PBB Tan Sri Datuk Adenan Satem berkata, laporan portal berita mengatakan PBB mahu bertanding di Krian hanya tindakan pihak tertentu yang mahu menjejaskan hubungan antara kedua-dua parti itu.
Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Publisiti Konvensyen PBB Ke-13 di pejabatnya di Kompleks Yayasan Sarawak di sini semalam turut mempersoalkan kesahihan laporan serta sumber yang dipetik.
“Apa yang pasti bagi saya, ada pihak yang cuba memecah belah atau memburukkan hubungan antara PBB dan SPDP.
Mereka tidak akan berjaya kerana hubungan antara kedua-dua parti sentiasa sangat bagus,” tegasnya.
Bagaimanapun, ketika ditanya kemungkinan berlakunya pertukaran kerusi antara PBB dan SPDP sebelum PRN nanti, beliau sambil berseloroh menjawab: “Kita akan bincangkan perkara ini bila tiba masanya nanti.
” Portal berita Malaysiakini pada Jumaat lepas melaporkan beberapa ahli kanan PBB mahu parti itu bertanding di Krian memandangkan ahlinya di situ setakat ini seramai 2,500 orang, termasuk 600 penduduk rumah panjang yang sebelum ini merupakan ahli SPDP.
Berita bertajuk ‘PBB to contest the Krian state seat?’ (PBB akan bertanding di kerusi Krian?) itu turut melaporkan bekas Ahli Parlimen Saratok Jelaing Mersat antara individu yang menggalakkan kumpulan tersebut menyertai PBB.
Laporan itu juga mendakwa Jelaing yang merupakan bekas Ahli Parlimen Saratok selama tiga penggal serta bekas Timbalan Menteri Pengangkutan berasa amat marah selepas beliau tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas dan digantikan Presiden SPDP Tan Sri William Mawan yang telah memenangi kerusi berkenaan.
Menurut laporan portal berita itu lagi, Jelaing telah meletak jawatan daripada SPDP dan sekarang menggalakkan PBB mengambil alih Krian, malah seorang pemimpin kanan PBB yang tidak dinyatakan namanya, turut dipetik sebagai berkata ‘rakyat di situ mahu PBB bertanding di sana.
’ SPDP bertanding di Krian sejak ia ditubuhkan menggantikan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada tahun 2002.
Bagaimanapun, ia gagal mempertahankan kerusi itu pada PRN 2011 apabila bekas timbalan presiden parti Datuk Peter Nyarok tewas kepada Ali Biju dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ali tampil menentang Mawan pada PRU13 lepas di Saratok tetapi tewas kepada Menteri Pembangunan Sosial itu.

Monday, October 7, 2013

Jangan berserah kepada takdir, malas berusaha


by Kepu Sidi. Posted on October 7, 2013, Monday
SELAMAT MAJU JAYA: Len bersama peserta Program 1AZAM Kursus Asas Pertukangan anjuran PUSAKA di Dewan IKS, Tanjung Manis.
Sikap dan pemikiran negatif itu perlu dikikis kerana pada dasarnya ia hanya merugikan, kata Len 
TANJUNG MANIS: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh meminta  masyarakat agar mengubah sikap dan  mentaliti yang suka berserah kepada takdir dan malas berusaha kerana ia hanya membantutkan perkembangan dan kemajuan seseorang.
Len berkata, sikap dan pemikiran negatif itu perlu dikikis kerana pada dasarnya ia hanya merugikan.
“Masyarakat hari ini tidak boleh lagi berdiam diri dan menyerah kepada takdir semata-mata, tetapi perlu berusaha untuk maju.
“Bahkan,  kita perlu meningkatkan usaha bagi menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan dalam menghadapi era globalisasi agar tidak terus ketinggalan,” katanya.
Len berkata demikian pada penangguhan Program 1AZAM Kursus Asas Pertukangan anjuran PUSAKA di Dewan IKS, Tanjung Manis, semalam.
Menurut Len yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Belawai,  setiap individu tidak boleh lagi berada di takuk lama atau menyisih diri daripada masyarakat lain sebaliknya bersedia berubah dari segi sosial dan ekonomi.
Pada masa yang sama katanya, mereka perlu mempunyai semangat ingin berubah daripada tidak baik kepada yang baik serta menanam azam untuk maju.
“Kepentingan menuntut ilmu perlu diletak sebagai keutamaan. Serentak dengan itu, mereka juga perlu bersatu padu dalam menghadapi apa juga keadaan dan tidak berbalah sesama sendiri hanya disebabkan perkara yang tidak penting.
“Jika kita berilmu tetapi tidak bersatu, ini juga sukar untuk membina tamadun bangsa. Justeru, kita perlu mengukuh semula hala tuju supaya matlamat membina ummah cemerlang tercapai,” ujarnya.
Sementara itu, Penolong Pengurus Kanan Perdagangan dan Industri Dayang Nena Abang Bruce dalam ucapan alu-aluannya berkata,  peluang yang ditawarkan oleh kerajaan melalui PUSAKA  tidak sepatutnya dilepaskan kerana ia bukan sahaja bertujuan meningkatkan pendapatan keluarga tetapi mampu mengubah masa depan.
Apa yang lebih penting katanya, PUSAKA mendapat  kepercayaan Unit Perancangan Negeri (UPN) di Jabatan Ketua Menteri yang bersedia menawarkan bantuan dan sokongan kepada sesiapa sahaja yang berminat menyertai program seumpama itu.
“Ini satu peluang keemasan yang perlu direbut oleh Bumiputera. Program ini juga merupakan antara usaha membimbing usahawan meliputi pembangunan modal insan dan  kualiti produk yang dihasilkan,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sarikei Ahmat Adai.

Friday, October 4, 2013

Generasi baru PBB perlu perkasa pengetahuan sejarah : Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem



PBB berjaya menyatukan hampir kesemua kaum Bumiputera di Sarawak

Utusan Borneo October 3, 2013, Thursday
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berjaya menyatukan hampir kesemua kaum Bumiputera di negeri ini yang terdiri daripada Melayu, Melanau, Bidayuh, Iban dan Orang Ulu.
Ketua Penerangan PBB Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, ia dapat dibuktikan menerusi penubuhan awal parti itu yang wujud daripada penggabungan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dengan Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA) pada tahun 1973.
PESAKA ditubuhkan pada tahun 1962 oleh Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Barieng yang mendapat sokongan kuat daripada komuniti Iban menetap di sepanjang Batang Rajang dari Sibu hingga Belaga.
Manakala Parti Bumiputera Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1968 oleh kaum Melayu dan Melanau yang berasakan mereka tidak diwakili dalam penubuhan dua parti politik awal iaitu Parti Negara Anak Sarawak (PANAS) pada 1960 dan Parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) pada 1961.
Penubuhan Parti Bumiputera Sarawak itu, katanya, telah menyebabkan BARJASA dan PANAS dibubarkan.
Hasil daripada kesatuan itu, katanya, apabila Pilihan Raya Umum diadakan pada 1970, pilihan raya langsung pertama dengan DUN mempunyai 48 ahli berjaya melayakkan Tun Abdul Rahman Yaakub sebagai ketua menteri Sarawak yang ketiga.
“Keputusan pilihan raya 1970 menyaksikan SUPP memenangi 12 kerusi begitu juga SNAP dan BUMIPUTERA, PESAKA (sembilan) dan enam kerusi lagi dimenangi parti lain yang bertanding, terutamanya Bebas.
“Tetapi parti yang memenangi 25 atau 26 kerusi layak membentuk kerajaan dan atas persefahaman tinggi SUPP dan Parti BUMIPUTERA bergabung untuk mempunyai 24 kerusi dan mereka berjaya memujuk dua ahli dari PESAKA Simon Mark Maja dan Penghulu Abok Jalin menyertai kumpulan itu,” jelasnya.
Beliau menambah selepas penubuhan Malaysia, PESAKA menyatakan hasratnya mahu menyertai Parti BUMIPUTERA dan pada tahun 1973 hasrat mereka itu diterima sehingga terbentuknya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Selepas itu, katanya, SNAP mengisytiharkan dirinya sebagai parti pembangkang dan pada Pilihan Raya Umum dan Negeri yang diadakan serentak pada 1974, ia bertanding menentang perikatan yang sudah pun dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).
Pada pilihan raya itu, jelasnya, BN menang 30 kerusi manakala SNAP 18, sekali gus menyaksikan Tun Abdul Rahman kekal sebagai ketua menteri di bawah PBB dan bersara pada 1981.
Tempat beliau diambil alih Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sehingga sekarang.
“Jika kita melihat semula sejarah penubuhan PBB bermula dengan penubuhan parti PANAS pada 1960, kita boleh mengatakan PBB adalah parti politik yang boleh mengatasi banyak cabaran.
“Bermula dari parti politik yang kecil dengan hanya lima kerusi DUN, bertambah kepada 35 kerusi.
SNAP juga merupakan cabaran besar kepada PBB sebelum ini, begitu juga Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) tetapi kita berjaya menanganinya,” ujar beliau yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas).
Sementara itu, katany,a adalah perlu untuk generasi muda mengetahui sejarah penubuhan parti BN tunggal Sarawak kerana ia merupakan parti yang berjaya menyatukan Bumiputera di negeri ini.
“Generasi muda mungkin tidak tahu apa yang berlaku dalam sejarah penubuhan PBB, dan kita tidak mahu mereka mengetepikan signifikan penubuhan parti ini terutama pembentukan negeri yang pelbagai kaum,” ujarnya.
Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Ketua Penerangan PBB Datuk Peter Minos dan Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Idris Buang.