YB Datuk Roland Sagah, YB Saidol, YB Violet Yong dan YB Wong Ho Leng bertikam lidah.
BELUM DISUNTING
18 MEI 2012
(Mesyuarat dimulakan pada jam 9:20 pagi)
[Tuan Speaker mempengerusikan Mesyuarat]
DOA
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN SPEAKER
Tuan Speaker: Bismillahirahmannirahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat I am granted leave
of absent under Standing Order 81 to the Honourable Member for Tamin, Yang
Berhormat Encik Joseph Mauh for today siting.
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN
NAIKTARAF JALAN DI KAWASAN ENGKILILI
(176) Y.B. Dr. Johnichal Rayong anak Ngipa bertanya kepada
Apakah
Engkilili iaitu
Menteri
Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan: Kerajaan mempunyai
perancangan untuk menaiktaraf jalan di Kawasan Jalan Simpang
Lidong/Tisak/Nanga Skrang menuju ke Sri Aman sejauh 11km?
Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan (Y.B. Datuk Lee Kim Shin):
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Engkilili, Jalan Simpang
Lidong/Tisak/Nanga Skrang sepanjang 11km menuju ke Sri Aman merupakan jalan
bund DID yang menjadi sebahagian daripada cadangan jalan Sri Aman/Lidong/Betong.
Cadangan projek tersebut telah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
tetapi tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Y.B. Dr. Johnichal Rayong anak Ngipa: (Soalan Tambahan) Terima kasih, Menteri. I
got two supplementary questions. What are the details of the proposal? Two, as regard
as it a ban road, who is maintaining it?
Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan (Y.B. Datuk Lee Kim Shin):
Tuan Speaker, we are proposal
SEKOLAH MENENGAH SENIBONG
(177) Y.B. Encik Ranum anak Mina bertanya kepada Ketua Menteri: Kenapa Sekolah
Menengah Senibong belum dibina hingga kini?
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga (Y.B.
Puan Rosey binti Haji Yunus): Terima kasih, Tuan Speaker, untuk menjawab soalan
daripada Ahli Yang Berhormat N.1 - Opar, Projek SMK Senibong, Lundu sudah pun
ditender sebelum ini. Disebabkan masalah teknikal maka tender tersebut telah
dibatalkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana itu, Kerajaan juga telah memutuskan
agar projek tersebut ditender semula dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih.
Y.B. Encik Ranum anak Mina: (Soalan Tambahan) What is the actual cost of the
school? Thank you.
Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga (Y.B.
Puan Rosey binti Haji Yunus): Tuan Speaker, oleh kerana ianya melibatkan masalah
teknikal maka as of now, we are not able to tell you the cost. Terima kasih.
1
BELUM DISUNTING
18 MEI 2012
PROJEK PEMBANGUNAN DARUL HANA
(178) Y.B. Dr. Haji Abdul Rahman bin Junaidi bertanya kepada Ketua Menteri dan
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar: Apakah kesan jangka panjang Projek
Pembangunan Darul Hana kepada masyarakat kampung-kampung di kawasan
Seberang Hilir terutama dari segi aspek sosio-ekonomi dan pembangunan infrastruktur
asas yang mempengaruhi taraf hidup penduduk di kawasan ini?
Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera dan Menteri Muda
Perancangan Sumber (Y.B. Datuk Haji Mohamad Naroden bin Haji Majais): Terima
kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Pantai Damai,
perancangan pembangunan Darul Hana adalah satu perancangan yang telah dikaji dan
dirancang dengan rapi untuk mewujudkan sebuah township yang aman, selesa dan
selamat untuk masyarakat di kawasan-kawasan seberang hilir di Petra Jaya ini. Projek
Pembangunan Darul Hana ini akan pasti memberi impak yang tinggi dan kesan jangka
panjang yang amat baik kepada masyarakat di Kuching khususnya di kampungkampung
Seberang Hilir seperti penyediaan prasarana yang lengkap termasuk sistem
jalan raya, perparitan, pembentungan, pembuangan sampah dan kemudahankemudahan
sosial yang lain yang lebih baik.
Menyediakan peluang-peluang perniagaan dan persekitaran yang lebih sihat,
selamat serta mempunyai kemudahan awam seperti dewan masyarakat, kawasan
rekreasi, kompleks sukan, surau, sekolah dan pusat komersial.
Pembangunan secara mampan dengan memulihara dan mengekalkan ciri-ciri
warisan senibina Melayu, budaya, cara hidup dan persekitaran asal serta aktiviti dan
nilai tradisional masyarakat setempat. Mewujudkan masyarakat usahawan Bumiputera
tempatan melalui penyediaan premis perniagaan dan pusat komersil khususnya untuk
industri-industri di kampung-kampung seperti membuat kek lapis Sarawak, batik
Sarawak, kuih-muih dan makanan tradisional serta hasil kraftangan dan membasmikan
masalah dan isu-isu sosial seperti kemiskinan bandar, pengangguran dan keciciran
daripada persekolahan di kalangan masyarakat Kampung Melayu yang berkenaan.
Dengan kata lain, Darul Hana akan mengubah lanskap daripada keadaan
overcrowding, kurang selasa dan kurang sihat di kawasan-kawasan kampung tradisional
yang sedia ada kepada lanskap dan persekitaran yang lebih moden, selesa dan selamat
dan seterusnya seiring dengan keperluan serta kehendak masyarakat opulence di
Kuching ini. Terima kasih.
Y.B. Dr. Haji Abdul Rahman bin Junaidi: (Soalan Tambahan) Terima kasih, Yang
Berhormat dan terima kasih, Tuan Speaker. Soalan tambahan, untuk memastikan
bahawa projek mega ini dapat berjalan dengan lancar apakah tindakan dan usaha pihak
Kementerian untuk memastikan bahawa maklumat-maklumat jelas dan sahih dapat
disalurkan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada 13 buah kampung di
kawasan tersebut? Dan keduanya secara rasmi, bilakah Projek Pembangunan Darul
Hana ini akan dimulakan? Terima kasih.
Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera dan Menteri Muda
Perancangan Sumber (Y.B. Datuk Haji Mohamad Naroden bin Haji Majais): Terima
kasih Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat bagi N.4-Pantai Damai. Dalam kita
merancangkan projek yang seumpama ini, lebih-lebih lagi ia melibatkan banyak
penduduk masyarakat opulence seperti di Kuching khususnya di kawasan tebingan
sungai di Petra Jaya yang terlibat berunding dan berbincang adalah satu pendekatan
yang amat baik dilaksanakan oleh Kerajaan terutama sekali di peringkat awal supaya
2
BELUM DISUNTING
18 MEI 2012
kita dapat mendapat pandangan maklum balas dari seluruh penduduk yang terlibat
dalam kawasan masing-masing secara keseluruhannya.
Dalam hal itu, saya telah difahamkan satu Bengkel Pembangunan Darul Hana
telah dibangunkan awal tahun 2012 kira-kira Februari yang lalu di mana ia melibatkan
para Ketua Masyarakat/Ketua-ketua Kaum yang juga dihadiri oleh Yang Berhormat
Menteri Perumahan masa itu dan juga dihadiri oleh Menteri Muda Perumahan dan Belia
dan saya percaya Ahli Yang Berhormat bagi N.4 - Pantai Damai pun ada hadir juga
bersama-sama dengan Ketua Jabatan dan beberapa siri taklimat kepada Ketua
Masyarakat dan juga telah diadakan dan mungkin di masa-masa yang akan datang
ianya melibat penduduk keseluruhannya supaya mereka lebih memahami dan menerima
projek yang seumpama ini.
Jadi, pelaksanaannya akan bermula dalam dua peringkat. Pertamanya,
kosong sahaja.
penyediaan tapak yang sebesar 106 hektar di kawasan itu dan setakat ini kerajaan telah
memutuskan pengambilan tapak hanya ke atas tanah yang Dan
peringkat kedua ialah pembinaan infrastruktur dan bangunan-bangunan yang dalam
perancangan itu. Terima kasih.