Thursday, September 16, 2010
DAP, PKR, PAS dan rakyat Sarawak
Oleh Muda Tengah
Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin sesuatu negeri atau negara membela negeri mereka terdahulu. Ini terbukti bertahun-tahun, berdekad-dekad dan berzaman-zaman sejarah manusia.
Parti DAP bertapak di semenanjung Malaysia tetapi sejarah asalnya adalah sebagai cawangan parti PAP singapore di tanah melayu. Perdana Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman telah membenarkan Singapore (waktu itu masih berpura-pura dan menggelar diri mereka Singapura) untuk menyertai Malaysia dengan syarat parti PAP Lee Kuan Yew tidak mencampuri politik dalam Tanah Melayu.
Namun begitu Lee Kuan Yew dalam 'kepandaian'nya (sebenarnya sifatnya yang sering pecah janji) membuka parti DAP sebagai proxy PAP dalam politik Tanah Melayu dengan slogan Malaysian Malaysia (menghapuskan hak-hak bumiputera).
Adakah hati dan jiwa perjuangan DAP untuk rakyat Sarawak amnya dan bumiputera Sarawak khususnya (sebagaimana dilaung-laungkan oleh Chong Cheng Jien di kawasan Iban Balai Ringin bulan lepas)? Atau adakah DAP hanya memperjuangkan kaum cina amnya dan objektif politik DAP merampas kuasa Putrajaya khususnya? Oleh itu adakah rakyat Sarawak amnya dan bumiputera Sarawak khususnya di'perjuangkan' atau di'gunakan' oleh DAP?
Selepas merampas kerusi parlimen Sibu dari SUPP bulan Mei lepas, YB Wong Ho Leng telah mengisytiharkan bahawa ini adalah, "one small step to Petrajaya and one big step to Putrajaya". Ini adalah kata-kata DAP Sarawak tersendiri iaitu semata-mata untuk meraih kekuatan politik Sarawak untuk merampas kuas di Putrajaya. Semua kata-kata manisan dan janji-janji 'memperjuangkan' rakyat adalah semata-mata untuk agenda ini. Adakah rakyat Sarawak akan terus tertipu?
PAS adalah parti serpihan UMNO yang berpecah pada tahun 1951. Serpihan itu telah dipimpin oleh Ahmad Fuad Hassan. Pada tahun 1973 (zaman pentadbiran Tun Abdul Razak) PAS telah menyertai Barisan Nasional. Pada tahun 1978 PAS telah meninggalkan Barisan Nasional kerana merasakan Tun Hussein Onn telah tidak berlaku adil kepada PAS.
Mudatengah berpendapat bahawa jika PAS ada kelainan pendapat dengan UMNO maka silakan bertanding di semenanjung Malaysia. PAS mempunyai segala hak dan asas sejarah untuk berdebat dengan UMNO di semenanjung Malaysia. Adakah PAS mempunyai tapak sejarah atau alasan yang kukuh untuk meraih kekuatan politik dari Sarawak? Kita berharap PAS tidak bersifat seperti DAP hanya 'menggunakan' rakyat Sarawak amnya dan bumiputera Sarawak khususnya untuk PAS melawan UMNO. Ini bukan alasan kukuh atau ikhlas. Kasihanilah rakyat Sarawak yang masih memerlukan pembangunan dan kestabilan politik.
PKR tertubuh pada tahun 1999 (mengambil parti yang sudah daftar denga ROS) untuk bertanding pada PRU 10. Manifesto mereka pada waktu itu hanya satu iaitu untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Dewasa ini manifesto tersirat PKR semata-mata untuk meletakkan 'Penasihat' mereka pada kerusi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Kenapa rakyat Sarawak diheretkan oleh PKR dalam agendanya untuk meletakkan seseorang kedalam kerusi Perdana Menteri?
Rakyat Sarawak masih kurang matang atau mengetahui mengenai agenda-agenda tersirat DAP, PAS dan PKR terhadap mereka. Kita berharap pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR akan berlaku ikhlas dan bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak. Parti-parti PBB, SPDP, PRS (dalam bentuk PBDS) malah parti SNAP telah mencurahkan bakti kepada rakyat Sarawak semenjak merdeka. Ketahuilah siapa yang benar-benar telah menjaga ibubapa dan nenek moyang kita selama ini. Kerana kesedaran kita akan menentukan masa depan anak cucu kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima kasih kepada Muda Tengah...kerana memberi kesedaran politik kepada generasi baru tentang siapa sebenarnya DAP,PAS dan PKR...Rakyat Sarawak yang mendewa-dewakan tiga pencacai politik ini adalah mereka yang telah hanyut dalam ilusi dan mempunyai agenda tersembunyi. Kita tidak rela Sarawak ini menjadi batu loncatan mereka untuk sampai ke Putrajaya...jangan anak cucu kita nanti menyalahkan kita suatu hari nanti di atas kepayahan mereka di masa akan datang...kita perlu bersatu dan memperbaiki kelemahan atau lopang-lopang agar tidak dapat diresapi oleh agenda politik sempit yang dibawa oleh tiga pencacai ini...Kuatkan barisan kita...elakkan berkonflik sesama sendiri...Pasti kita akan dapat mempertahankan bumi Sarawak yang telah diperjuangkan oleh datuk moyang kita dahulu...
ReplyDeleteMemang benar saudara kita di sini memang tak mahu orang seberang laut untuk bertapak dan kononnya akan menjaga kebajikan rakyat Sarawak. Mereka ini cuma mencari modal untuk mengadu domba di Sarawak. Sekiranya kita rakyat Sarawak yang patriotik maka kita tentunya sedar helah parti pembangkang untuk memecahkan kestabilan ekonomi dan politik kita sejak di bawah parti perjuangan nenek moyang kita. Janganlah kita mudah terpedaya oleh tipu muslihat politik mereka( PAS, PKR dan DAP). Bangunlah dan bukalah mata kita lihatlah Sibu dan Pulau Pinang. Kalau kita mahu pembangunan dan kemajuan kembalilah kepada perjuangan asal untuk membela nasib bangsa kita! Usah lagi terpedaya oleh tipu muslihat mereka. Biar putih tulang jangan putih mata! Syabas saudara Mudatengah. Artikel yang memang membuka mata kita semua semoga mereka yang alpa akan sedar!
ReplyDeleteTerima kasih Mudatengah ,
ReplyDeleten3 yang berisi dan bermanafaat.
ini dikatakan sejarah mengajar kita.
Kita rakyat sarawak khususnya bumiputera islam masa tok harus sedar apa yang dimauk sidak Dap , Adil dan Pas tok .Yang menghairankan kita camney pas tok dapat bersatu ngan dap untuk memerintah??walhal ideologi terang2 bertentangan , tok menunjuk sidak tok sikda pegangan hidup , semata-mata
nak merentah , agama ,bangsa dan negara sanggup dipertaruh dijadikan modal untuk menang .
Camneylah keadaan anak cucuk kita mun sidak tok merentah?(AGAMA CAMPURAN).
Mun nak dicerita hal pengorbanan , jauh gilaklah , ney sidak tauk geney cara kehidupan kita yang berbilang kaum dan berbeza latarbelakang yang hidup harmoni masa tok.
Obejektif sidak adalah nak mecahbelah kta di sitok supaya kita lemah ,berpuak-puak cam sidak...
Jangan ktak heran sidak nang pakar berkata-kata(walaupun pebulak , bunyi betul).jadi kita harus berhati-hati dan periksa dolok apa cerita dijajak sidak .
kita wajib pertahankan kerajaan islam masa tok.Wahai rakyat sarawak bersatu lah kita.
cuba kita renung surah tok:
Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Ali-Imran ayat 28 menyatakan
“Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Siapa yang berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali kerana menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksaNya) dan hanya kepada Allah tempat kembali
Sejarah Empayar Kegemilangan beribu tahun Kerajaan ROM bukanlah dibina dalam satu malam sahaja, ianya memerlukan banyak masa, perancangan, pengorbanan tenaga dan wang,disamping kekuatan serta kesetiaan tenteranya.
ReplyDeleteNAH! APA YG KITA RAKYAT SARAWAK MAHU????
Kita sudah melihat dan mampu menilai sendiri sejarah bagaimana perjuang kita menuntut merdeka, bagaimana pemimpin yg ada mengisi kemerdekaan dengan segala bentuk pembangunan. Bandingkan keadaan Sarawak semasa awal mula diserahkan oleh British dulu dengan Sarawak sekarang ini?
Berapa banyak pembangunan serta kemajuan yang telah dikecapi semenjak dari itu?
MUNGKIN ada yang berkata belum cukup? BETUL tetapi anda tidak boleh menafikan adanya pembangunan, belum cukup kerana kita masih lagi dalam proses ke arah itu. ke arah mencukupkannya.
Sedangkan kerajaan ROM yg gemilang pun memerlukan beribu tahun untuk dibina, inikan Sarawak yang baru 47 tahun, baru nak masuk setengah abad,
Makanya, kenapa kita harus memperjudikan nasib rakyat asal kita di Sarawak dengan menukar kerajaan dari parti luar sedangkan kita mempunyai parti rakyat asal pelbagai yang telah terbukti mampu membawa negeri ini sejauh yang ada sekarang ini.
Sewajarnya kita rakyat Sarawak berbangga kerana konsep Satu Malaysia adalah yang telah diamalkan oleh rakyat negeri ini sekian lama dan seharusnya juga parti pendatang seperti PKR,PAS,DAP malu dengan diri mereka sendiri kersna terhegeh hegeh hendak masuk ke negeri ini.
Kalau datang tidak pernah dijemput, BALIK pun tak payah lah disuruh,
BALIKLAH, BALIK BALIK BALIK.
cuma segelintir atau sekelumit mereka yang kecewa sahaja yang inginkan kamu, cubalah nilaikan mereka mereka itu????
Apa lagi yang rakyat Sarawak mahu??? Mahu seperti negeri Selangor dan Pulau Pinang yang sering diagung-agungkan Pakatan Rakyat (cth: Air free konon... kalau setakat free RM10.00 tapi jumlah lain kena bayar itu bukan free). kemudian dijaja ke Sarawak kata rakyat Selangor dan Pulau Pinang terima pembangkang. Itulah permainan pembangkang yang satu minit, satu jam, satu hari, satu bulan atau satu tahun kalau tidak berbohong itu bukan pembangkang. Alahai orang Sarawak, marilah bangun dari tidur... usah bermimpi di siang hari.
ReplyDeleteMuda Tengah teruskan perjuangan demi kesdaran rakyat Sarawak yang sedang hanyut dengan omongan kosong pembangkang
PAS adalah parti serpihan UMNO yang berpecah pada tahun 1951. Serpihan itu telah dipimpin oleh Ahmad Fuad Hassan. Pada tahun 1973 (zaman pentadbiran Tun Abdul Razak) PAS telah menyertai Barisan Nasional. Pada tahun 1978 PAS telah meninggalkan Barisan Nasional kerana merasakan Tun Hussein Onn telah tidak berlaku adil kepada PAS.<- betul kah fakta tok? macam berbelit jak fakta tok
ReplyDeletecuba click bawah tok, tok baruk benar sejarah PAS
ReplyDeletehttp://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1370&Itemid=86
G-Lee, Salam semua anak sarawak.....
ReplyDeleteAlhamdulillah sejak kmk duduk di Selangor dan sejak PR memerintah Selangor kmk sik pernah bayar air paip.
Memang benar sarawak telah maju n ada pembangunan tetapi kita mesti ingat duit yg mereka pake membangun sarawak adalah menggunakan duit rakyat sarawak tauk. Memang kita sik mauk org sarawak bebrpecah belah tetapi kita mauk pemimpin muda dan berwawasan memerintah sarawak dan jangan sampei 30 tahun +++ masih sik mauk berundur.... so kita pikirlah sendiri. Sik salah mun pas bekerjasama dgn dap atau pkr.... memang mereka tok parti sepihan BN tetapi di sarawak banyak parti sepihan dari snap...... betul tak so mun kita mauk parti yang betul2 berjuang untuk rakyat sarawak dan negeri sarawak,,, kita kena undilah parti snap supaya mereka boleh memerintah sarawak....... dan kita tauk satu parti jak.... ok tak mun sik sik kita gabungkan pari snap dengan pbb....
Dari SNAP pecah ke PDRS n SNAP; dari PDRS n SNAP berpecah lagi menjadi PRS dan SPDP pula.... dan terkuburlah PDRS....So bergambung 3 parti tok supaya kitak orang lebih kuat... TETAPI 3 PARTI TOK SIK SAMA KEPALA DAN WALAUPUN BANGSA DAYAK TETAPI SIK SEPAKAT.... MACAM NEI KAUM BUMI NAK MEMERINTAH SARAWAK......JUNG JUNG KAUN CINA YG MEMERINTAH BARU KITAK ORANG TAUK ....
ReplyDeleteNampaknya Tuan Punya Blog Sik Menghadam Dan Mengkaji Sejarah Penubuhan parti Islam Se-Malaysia dengan begitu baik...Rujukan secara terperinci penting ya bagi memberi maklumat yang benar kepada rakyat secara khususnya buat rakyat Sarawak...JANGAN TERKEJUT SEKIRANYA PAS AKAN MENANG DI SARAWAK BAGI PILIHANRAYA DUN SARAWAK 10 tok lak..TAKBIR!!!!!Bergeraklah ke gerbang jasa.KALAH MENANG BUKAN ALASANNYA!!!!!!!!
ReplyDeleteMun takat takut tergadai....memang dah lamak kaum bumi di swak tok tergadai...sik perlu kita memikir takut tergadai. Apa yg penting time tok guna undi untuk perubahan. Nama jak org kita yg memerintah tetapi sebenarnya maruah kaum kita bnyk yang tergadai..LIHAT JAK KIRI KANAN Bangunan yg mencakar lanjit dan gedong2 yang ada disekeliling kita siapapun? Kalau ada bumi pun...beberapa buah? Kalau adapun milik siapa? Berbilion-bilion udah perbelajaan digunakan utk pelbagai pembangunan konon, memang bagus...tetapi cukup adilkah pembahagian kekayaan utk kita semua. Kenak masih juak ungkapan sejak sekian lama bahawa ORANG KITA MASIH KETINGGALAN 25-30tahun ketinggalan dan terkebelakang?. Liat jak...dan kita fikir sama-sama...terbelakah rakyat biasa...sedangkan ketua-ketua masyarakat pun dalam kategori golongan yang DAIF! Apa sik..apa yg sikda dpt polah dgn gaji RM450 sebulan....janji jak mauk nambah ke RM750 tetapi habuk sampey time tok pun belum ada sidak rasa...fikir-fikirlah.
ReplyDeleteMuda Tengah perlu banyak buat kerja rumah...jgn baca sumber yg terhad...mun blog kitak takat mok nunjuk kitak nyampey yg info keliru n buat perang saraf aku rasa elok tutup jaklah...cara kitak berfikir bagi aku yg sik sekolah tinggi tok, akan madah kitak masih berfikiran cetek!!!!!!
ReplyDeleteSalam semua terutama muda tengah..... Io Muda Tengah... kitak tok perlu cari ilmu lagik n belajar dgn org Malaya tok. Nama jak nak amal 1 malaysia tetapi org malaya datang di sinun kitak marah. Mun kitak pikir betul2... ada bagus org malaya dtg disinun sebab ada boleh berik pendapat n org sarawak sepatutnya dengar apa yg mereka padah; kajikan apa yg bagus kita ambik apa yg teruk kita buang kan bagus....Mun org sarawak jak cakap sik guna sebab seperti katak bawah tempurunglah kitak tok... sik mauk lihat dunia luar.....
ReplyDeleteorang melaya cdak ada networking sendiri.orang cina ada networkingnya sendiri.malaya dan cdak cina foco kurang lebih mementingkan kaum cdak aje.orang melanau?orang iban? orang kedayan?orang vae segan bintulu?apakah cdak tok serupa dengan kaum2 yg sya sebut atas itu.cuma sifat perkauman hampir sik ada ialah ketika mereka bekerja makan gaji.sebab gaji ada terima masing2.sifat perkauman hampir tak ada,lainlah jika majikan cdak orang cina,masih jua dikatakan double standard.untuk selamatkan politik perkauman tok jangan bergaul dgan parti extremis sep DAP ya.MCA,SUPP adalah parti bersifat sederhana tidak seperti DAP yg menghasut kaum cina supaya melaungkan Malaysian Malaysia.samarat kaum tak ada lagi keistemewaan kaun melayu,Bumiputra lagi.sedangkan umur Lim Kit siang,Karpal Singh baru mencapai usia 60-70 tahun,sedangkan Raja melayu dah wujud beratus tahun yg lalu,masa tu LKS dan Karpal mungkin masih mandi telanjang atau baru lahir di malaysia dan juga nenek atau datuk mereka belum lahir lagi.syukur datuk atau bapak Lim dan Karpal singh merantau di malaya dapat hidup selesa di malaya tok.menyokong pembangkang bermakna menyokong parti Anak Beranak tok,Lim Kit siang dgan Anaknya Lim Guan Ing,Karpal Sing dngn Anaknya,Anwar dgna keluarganya,bini dan anaknya.orang2 seperti ini ke Malaysia hendak kita serah?
ReplyDeleteDunia politik ini penuh dengan muslihat dan seribu niat...Tak kira BN atau Pembangkang. Kita tak perlu menyalahkan parti pemerintah atau parti lawan. Yang perlu dilihat siapakah calon YB yang akan kita pilih nanti...Kalau dia seorang yang berwibawa, berpolitik secara bijak, berceramah dengan penuh bijaksana, tak ada nak mengeji dan memfitnah calon lawan serta seorang yang menunaikan janji, kenapa kita harus menolak calon tersebut. Politik di zaman ini bukan sekadar menunaikan janji tetapi melangkaui pelbagai aspek yang luas...Calon yang bertanding dan seterusnya menang bukan sekadar memberikan kemajuan dan pembangunan tetapi wajib mempastikan negeri Sarawak ini maju dalam pelbagai aspek.. Kita sedar Sarawak amat mencabar untuk dibangunkan sehinggakan terdapat di beberapa kawasan yang masih belum memiliki sistem kemudahan asas seperti elektrik dan bekalan air bersih. Namun keluasan negeri ini bukan alasan untuk tidak dibangunkan secara terancang dan mapan. Di Sarawak, hanya 2 buah bandaraya yang pesat membangun iaitu Kuching dan Miri...Di kawasan-kawasan lain masih belum menerima pembangunan secara menyeluruh. Justeru, wakil yang dipilih nanti bukan sekadar membina jalan kampung atau menukar atap rumah penduduk kampung tetapi turut memikirkan bagaimana usaha untuk membangunkan kawasan tersebut agar selari dengan tempat2 lain. Bahagian Kapit yang telah menerima aura kemerdekaan hingga kini masih dihubungi dengan jalan sungai...Apakah mustahil untuk membina sebuah jalan ke KAPIT sedangkan kita mampu membina sebuah empangan kedua terbesar di asia. Seperti juga jalan Bintulu - Tatau, jalan yang dilabelkan sebagai Lebuh Raya Pan Borneo tak ubah macam jalan kampung..Apakah pemimpin di kawasan tersebut tidak melihat keadaan tersebut atau barankali mereka melawat kawasan dengan menaiki helikopter. Sarawak tidak memerlukan ahli politik yang hebat dengan kelayakan yang tinggi dan kaya, apa yang penting pemimpin ini bekerja untuk rakyat. Selain itu, kepimpinan yang terlalu lama juga akan membosankan rakyat. Kenapa tak dijadikan Amerika sebgai contoh, walau hebat dan bagus macam mana sekalipin seseorang ahli politik, mereka hanya boleh memimpin selama 2 penggal atau 10 tahun. Selepas itu kepimpinan lain akan mengambilalih. Bukankah itu yang sepatutnya dinamakan sebagai demokrasi. Hakikatnya pemimpin kita ibarat buah kelapa tua, selagi tak gugur ke tanah maka selama itulah dia akan berkuasa. Buktinya - Malaysia adalah negara paling banyak mengadakan Pilihanraya Kecil kerana YB yang diplih terdiri daripada golongan uzur dan berpenyakit....Kepimpinan yang hebat harus memberi laluan kepada generasi muda agar Kepimpinan Melalui Tauladan itu dapat dipraktikan....Salam 1 Malaysia.
ReplyDeleteAnak Sarawak
Presiden Amerika ialah seorang yg muda berusia 30an?Apa kehebatan beliau sebagai orang muda jadi Presiden Amerika dibandingkan dgn Presiden yg lama yg kebanyakan yg berusia tua?Lim Guan Eng adalah contoh pemimpin muda di malaysia.Khairi Jamaludin (KJ) juga seorang pemuda.PM Najib baru usia 58 tahun!apakah generasi muda dapat memikul gelombang politik terkini.kelapa muda ini hanya dapat di minum airnya tetapi kelapa tua ini santannya dapat diolah2 pemakaiannya.kelapa muda belum matang,tapi kelapa tua mencapai kematangan yg maksimum.
ReplyDeleteKelapa Muda harganya RM3.00 sebiji manakala kelapa tua dijual bawah RM1.00 sebiji...Walaupun santannya banyak tapi nilainya rendah....Kadang-kadang lansung tak berisi. Harapkan sabut saja yang tebal dan tempurung yang keras tapi isinya tiada dan paling sedih "BUSUK" atau "MALE" kata orang Sarawak...Jangan perlekehkan kemampuan generasi muda, di mesir jatuhnya Mubarak kerana gerakan belia.....
ReplyDeletemubarak jatuh tapi negara tak aman.libya mgkn jatuh juga tak aman.indonesia juga sama.generasi muda lingkup penglihatan nya terbatas..sebab kurang pengalaman luas..mereka mengikuti hawanafsu muda mereka..saya juga orang muda dulu..dah melepasi itu semua.nanti kamu akan masuk generasi tua kamu juga melihat kebenarannya.bila api dengan api bertembung..meletup dan terbakarlah.khalifah islam semua tua2.abu bakar,umar,uthman dan ali.nabi muhamad sendiri tak ingat adakah beliau menjadi nabi seusia muda?
ReplyDeleteSaudara, saya bukan semuda yang disangka. Usia saya sudak memasuki era 50-an. Paling penting saya faham dan kenal benar proses pembentukan negara dan watanya. Sebab saudara dah bercerita tentang kepimpinan Nab Besar Muhammad, biar saya buktikan bahawa orang muda itu boleh menjadi pemimpin terhormat kepada golongan tua. Mungkin Saudara pernah belajar atay mendengar tentang Muhammad (SAW) yang berusia 35 tahun (golongan muda), terjadi dua bencana di Makkah. Pertama, terjadi kebakaran pada Ka’bah. Kedua, Banjir akibat hujan meruntuhkan sebagian dari Ka’bah. Pembangunan kembali Ka’bah dilakukan oleh suku Quraisy. Perselisihan tajam terjadi diantara sepuluh kelompok dalam suku Quraisy, ini terjadi karena masing-masing kelompok menginginkan kelompoknyalah yang mendapat kehormatan meletakkan kembali Hajar Aswad ke tempatnya semula di dinding Ka’bah. Pertumpahan darah nyaris terjadi sebagai pilihan penyelesaian perselisihan ini. Namun, akhirnya mereka sampai pada kesepakatan bulat untuk menyerahkan urusan ini kepada Muhammad (SAW), mengingat bahwa diantara seluruh penduduk Makkah, beliau dikenal sebagai sosok yang paling jujur dan condong pada berlaku adil. Berbekal kecerdasan akal budi dan pandangan yang jauh ke depan, Muhammad (SAW) dapat dengan singkat menyajikan jalan keluar atas persoalan yang diperselisihkan. Dimintanya selembar kain dan dibentangkannya kain ini diatas tanah. Kemudian, diletakkanlah Hajar Aswad di atas kain ini, dan masing-masing pimpinan kelompok secara bersama memegang lembaran kain dan mengangkatnya ke dekat dinding Ka’bah. Kemudian Muhammad (SAW) dengan tangannya sendiri meletakkan kembali Hajar Aswad pada tempatnya semula di dinding Ka’bah. Faham betul betul sirah nabi kita sebelum nak membuat perbandingan ke atas kepimpinan seseorang. Pepatah Melayu ada menyebut "Tua jangan disangka bapak, muda jangan disangka anak". Sebaik-baik manusia bukan terletak pada usianya tetapi pada amal perbuatannya...Tua macam mana sekalipun kalau tak berupaya memimpin secara adil (adakah saudara faham apa yang dimaksudkan adil - bukan setakat timbang dacing) maka akan rosaklah negara. Adil itu apabila seseorang pemimpin tua atau muda meletakkan sesuatu perkara di tempat yang betul dengan penuh bijaksana.....Renung2kan..Jangan sekadar menyatakan diri tua tetapi tidak pernah menyelami dalamnya laut dan tingginya gunung. Sekadar awal makan garam bukan bukti unggulnya sebuah pemikiran. ---Prof. Anak Sarawak.
ReplyDeletememang betul kata2 saudara.Yang muda ialah yg didalamnya iaitu(batinnya) sebab batiniah itu tak pandai tua.Yang tua ialah jasadnya,ini yg berumur.Nampk kecut muka kerana tuanya jasad.Tetapi roh manusia (hakikat) diri manusia tidak pandai tua bahkan tidak dapat dijamah usia.keadilan itu hanya dicapai melalui timbangan kerohanian ia itu sifat ruhi manusia bukan melalui sifat akal manusia.Yg tidak dapat di pengaruhi nafsu ialah roh manusia atau hakikat dirinya yg sebenar,tetapi akal masih dapat dipengaruhi nafsu.kalau manusia mentadbir dunia dengan akal ia tak akan sempurna.keadilan itu antara bumi dan langit.itulah keadilan.dacing itu samarata apabila pivot pointnya betul2 duduk atas tengah2 timbangannya.dacing tak salah..yg salah ialah yg menimbang/menyukat berat sesuatu.betul tak.
ReplyDeletebg pndpt kmkorg yg tiada kepercayaan lgsg ngan AI ya, nya just nk dptkn kepercayaan org Swak coz d Malaya nya dh xdpt nk buat pa2..kmk yg dlk tabik ngannya dh hilang kepercayaan ngannya dah 13 tahun..adakah kmk perlu nak cyk nya ms tok sekali ngan partinya?? sblm nk buat pa2 d swak knk d malaya nun xdiusahakn bnr2 negeri2 yg msh blm membangun..jgn mdh cnun semua negeri dah membangun..ada negeri yg msh blm membangun..swak tok msh byk hasil buminya yg blm diterokai..mun org yg slh memerintah swak akn hancur swak tok..swak tok xkn mcm negeri2 lain yg kck2..pembangunan ya perlu dirncg sebaik mungkin..dah byk tpt membangun, tpt yg blm dpt dibangunkn sepenuhnya ya dsbbkn BMB swak tok yg xbrapa sesuai..mun nk molah umah sekalipun di kwsn payak, xcukp ktkorg nk nembok payak sekali ngan sekali nembok..apa2pun org swak tok lbh tauk apa yg berlaku dr org luar bah..kmkorg tok yg lbh nmpk perubahan yg berlaku d swak tok dr org lain..kmk tok nang xsehebat mcm org2 yg berkelakr molah statement di atas tp kmk nmpk n ambk tauk apa saja perubhn yg berlaku d seluruh swak tok..
ReplyDeleteGood For U Sarawakian..............jangan jadi SABAH...........Sarawak adalah satu-satunya negeri yang diperintah oleh bangsa sendiri....kalau ada masalah dalaman jangan cari penyelesaian diluar.........selesai secara dalaman....
ReplyDeletebnyk juak org masih merempat ctok..maseh susah..
ReplyDeleteRakyat Sarawak belum sedar-sedar lagi darah mereka dihisap tiap hari. Cuba lihat 10 tahun dahulu dan kini. Ada banyak perubahan ka?
ReplyDelete