Posted on November 3, 2010, Wednesday
Individu, organisasi luar tidak boleh sesuka hati anjur aktiviti tidak sihatKUCHING: Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) semalam meluluskan usul mengeluarkan ‘Kertas Putih’ bagi menghalang individu, organisasi serta media luar terutama dari barat menganjurkan aktiviti- aktiviti tidak diingini dan tidak sihat di negeri ini.
Usul yang dicadangkan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Asajaya, Abdul Karim Hamzah dan disokong ADUN Pujut, Andy Chia itu diluluskan oleh dewan selepas dibahas oleh ahli-ahli dewan dan mendapat persetujuan majoriti.
Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nasar pada hari kedua mesyuarat kedua, persidangan kelima DUN di sini, semalam.
Dalam pengumumannya itu, beliau menjelaskan ‘Kertas Putih’ itu akan dikemuka-kan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.
“Dewan meluluskan usul mengeluarkan ‘Kertas Putih’ selepas mendapat persetujuan majoriti dewan dengan 43 me-nyokong dan lima lagi membantah, dan kepentingannya diambil kira.
“Untuk makluman ‘Kertas Putih’ ini hanyalah kertas kerja yang akan digunakan sebagai panduan untuk menggubal undang-undang serta dasar-dasar kerajaan yang berkaitan bukannya untuk menggubal undang-undang,” jelasnya.
Sementara itu Karim dalam ucapan penggulungannya berkata pengeluaran ‘Kertas Putih’ itu penting bagi membantu kerajaan menggubal undang-undang dan polisi berkaitan dalam mengekang ‘budaya kotor’ yang dibawa oleh pihak tidak bertanggungjawab dari luar yang hanya menjejaskan keharmonian dan keamanan dikecapi rakyat berbilang kaum di negeri ini.
“Saya dapat lihat usul ini begitu baik dan bukan untuk mengubal undang-undang tetapi untuk menjaga ketente-raman dan keamanan di negeri ini. Tujuan menghindar elemen-elemen tidak diingini daripada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang.
“Sebab itulah setiap individu, organisasi dan media barat khasnya yang datang ke Sarawak yang tidak membawa faedah kepada rakyat negeri ini dan hanya memporak- porandakan rakyat mesti di-sekat. Saya percaya anda sen-diri (pembangkang) mahukan Sarawak yang aman terutamanya (ADUN) Batu Lintang,” katanya.
Beliau menambah pengeluaran ‘Kertas Putih’ itu juga akan mendidik rakyat negeri ini untuk tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan keanaman dan kehormonian yang dikecapi selama ini.
“Oleh itu, saya amat berharap usul ini disokong dewan seterusnya diajukan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan,” ujarnya.
Terdahulu ketika membentangkan usul itu Karim berkata sejak penampilan budaya kurang sihat mula melanda negeri ini yang dibawa oleh pihak luar yang berfikiran sempit, dalam usaha merampas kuasa politik di negeri ini.
“Kumpulan ini sanggup menggunakan apa jua cara yang boleh terfikir untuk melaga-lagakan rakyat, mencemarkan keharmonian kaum, mengha-sut rakyat agar membenci an-tara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya lagi, budaya tidak sihat itu dibawa orang luar rata-ratanya dari Semenanjung Malaysia dan jika ti-dak diberi perhatian serius ia boleh menjejaskan hubungan sosial yang erat antara pelbagai kaum di negeri ini.
Tuduhan-tuduhan pembangkang katanya dalam pilihan raya kecil Batang Ai dan Sibu baru-baru ini, terutama pembangkang dari luar Sara-wak ternyata tidak masuk akal dan tujuan utamanya hanyalah menyemarakkan perasaan benci rakyat ter- hadap kerajaan.
“Sebagai contoh pembangkang menuduh kerajaan meroboh rumah ibadat se-perti kuil dan gereja serta membakar kitab Injil, me-rampas tanah rakyat dan pe-mimpin dituduh rasuah dan macam-macam lagi.
“Kita telah mendengar ucapan pembentangan Bajet 2011 oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam (Isnin) ter- nyata menunjukkan eko- nomi negeri telah berkem-bang pesat,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment