Sunday, November 14, 2010

Pendedahan politik wang Anwar-Azmin di Sabah


Baca menganai cara penipuan yang dirancang Saifuddin Nasution di GAP

Ketua Cabang PKR Putatan Sabah, Awang Ahmad Shah mendedahkan cabangnya telah diserang hebat oleh Anwar Ibrahim dan Azmin.


Azmin dikatkan telah berada sehari suntuk di Putatan untuk membeli undi dan memastikan Zaid Ibrahim kalah pada November 7hb, 2010 lepas.

Manakala, Anwar Ibrahim pula telah menghubungi Naib Ketua Cabang dan menyerahkan jumlah wang RM5,000. Tiga Pengerusi Cawangan mendapat RM1,500 tiap seorang.

AJK Cabang yang menemui Amin mendapat RM500 seorang. Ahli-ahli yang mengundi Azmin pula diberikan RM50 seorang.

Anwar telah sesuka hatinya memberitahu Timbalan Ketua Cabang bahawa dia kini bertanggungjawab sebagai Ketua Cabang kerana Awang Ahmas Shah tidak boleh dipercayai kerana menyokong Zaid Ibrahim.

Satu sumber memberitahu Anwar Ibrahim telah menalifon Ketua Cabang Kota Merudu mengarahkan dia serta ahli-ahli Cabang tersebut tidak mengundi Zaid Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah.

Ketua Cabang tersebut, Anthony Mandiau secara terbuka membuat pengumuman kepada ahlinya mengenai arahan tersebut.

Seorang penyokong Zaid Ibrahim, Bernard telah memaklumkan perkara tersebut kepada Nurul Izzah. Nurul Izzah terperanjat dan terkejut mendengar perkara ini tetapi dia tidak boleh buat apa2.

Begitulah jijik sekali Anwar mahu Azmin memenangi pemilihan. Sahlah Anwar adalah Raja Politik Wang Malaysia.

Dialah menjadikan UMNO rosak dengan politik wang kerana mahu menjatuhkan Ghaffar Baba. Kini cara sama digunakan untuk memenangkan Azmin dalam PKR.

No comments:

Post a Comment