Saturday, November 20, 2010

Dawos kesal projek-projek dijanjikan boleh dilaksana

BPO
by Jeremy Lanson. Posted on November 18, 2010, Thursday
Kegagalan Pejabat Residen dan Pejabat Daerah menunaikan tanggungjawab boleh jejas kepercayaan rakyat terhadap BN


SAKSI: Dawos (tiga kiri) menyaksikan penyembelihan lembu di Kampung Lidah Tanah sempena dengan Hari Raya Aidiladha semalam.
BAU: Jangan salahkan wakil rakyat jika projek-projek pembangunan yang dijanji-kan masih belum dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Mambong dengan nada kesal berkata beberapa projek-projek pembangunan di kawasannya masih belum dilaksanakan sehingga kini.
Perkara itu menurutnya tidak sepatutnya berlaku kerana hampir kesemua projek pembangunan yang telah dijanjikan khususnya di konstituensi beliau sudah diluluskan di peringkat kerajaan pusat dan seharusnya sudah dilaksanakan oleh Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
“Masalahnya kini ialah sistem penyampaian ataupun pelaksanaan oleh pejabat kerajaan seperti Pejabat Residen dan Pejabat Daerah tidak dapat menunaikan dan melaksanakan projek seperti ini walhal projek ini sudah lama diluluskan oleh pihak kementerian.
“Perkara inilah yang me-nyebabkan kami sebagai wakil rakyat susah hati kerana penduduk kampung akan se-ring bertanyakan kepada kami mengenainya dan seolah-olah kami hanya melemparkan janji palsu kepada rakyat,” katanya
Beliau berkata demikian dalam ucapanya di majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Lidah Tanah, Bau semalam.
Tambah beliau lagi, kegagalan Pejabat Residen dan Pejabat Daerah melaksanakan projek-projek tersebut kemungkinan akan men-jejaskan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Penyampaian adalah sudah menjadi tanggungjawab pegawai kerajaan dan jika mereka ini tidak dapat melaksanakan projek ini maka susahlah khususnya politik BN, walhal BN memang menunaikan se-muanya,” katanya
Justeru itu, beliau menasihati rakyat untuk tidak hanya menuding jari terhadap wakil rakyat sahaja sebaliknya cuba memahami situasi tersebut.
Antara projek yang dimaksudkan beliau ialah projek menaik taraf jalan kampung di Kampung Lidah Tanah yang mana menurut beliau telah dipohon pada November tahun lepas dan sudah diluluskan pada awal Mac tahun ini namun masih belum dilaksanakan se-hingga kini.
Menurutnya, pegawai khas beliau telah berjumpa dengan Pegawai Daerah (DO) Bau mengenai projek tersebut namun hanya diberitahu bahawa beliau (DO) tidak menerima arahan daripada Pejabat Residen untuk melaksanakannya.
“Selain itu beliau (DO) juga memberitahu bahawa pihaknya tidak mempunyai pegawai teknikal bagi membuat rekaan, anggaran dan sebagainya untuk projek ini,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis tersebut.
Sementara itu beliau dalam ucapannya juga juga me-nyuarakan hasratnya untuk memohon pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) supaya projek-projek yang sudah diluluskan terus dilaksanakan oleh pihak wakil rakyat sendiri.
“Saya haraplah pada tahun hadapan, projek-projek yang sudah diluluskan akan dilaksanakan melalui wakil rakyat masing-masing supaya ianya boleh dilaksanakan secepat mungkin dengan komuniti yang bagus,” katanya
Sebanyak enam ekor lembu dikorbankan pada majlis tersebut untuk diagihkan kepada 485 penerima dari enam buah kampung Melayu dan 17 buah kampung Bidayuh.

No comments:

Post a Comment