Wednesday, October 27, 2010

Telekom Tower Masjid dibiarkan PAS memberi ceramah?



Puak Khawarij PAS menghasut di Syarikat GLC
Salam Bro.RBF

Tarikh : 01 oct 2010 Jumaat
Lokasi : Surau Menara Telekom
Masa : 12.45 tgh - 1.00 ptg

Apa yang hendak saya nyatakan di sini pada tarikh,lokasi dan masa yang saya nyatakan, telah berlaku satu Tazkirah Jumaat,yang memperbodohkan orang melayu yang telah memulangkan wang hasil judi di Pulau Pinang.

Penceramah tersebut telah mengatakan MELAYU yang MEMALUKAN MELAYU,kerana melayu tersebut telah memulangkan wang hasil judi membuatkan semua melayu jadi malu.

Penceramah tersebut (saya tak ingat nama)telah mengatakan wang judi tersebut sepatutnya tidak dipulangkan,dan dia telah membuat satu pengesyoran yang bodoh supaya wang judi tersebut dikumpulkan dan boleh dibuat JALAN atau LONGKANG untuk kegunaan orang ramai(Kenyataan yang ingin menyokong Puak DAP rakan sebantal mereka)

Apa yang hendak saya beritahu kepada Bro RBF,ini salah satu TAZKIRAH yang terbaru,dan sebelum ini,telah banyak dan hampir 80 peratus penceramah yang menyampaikan ceramah dan pengajian di Surau Menara TM ini adalah dari Puak yang menyokong PAS dan seringkali membuat sindiran kepada KERAJAAN yang memerintah ketika ini.

Penceramah yang sebegini sering dan kerap kali menyampaikan Tazkirah atau ceramah yang lari dari TAJUK.Penceramah ini sering dijemput oleh AJK Surau dan saya rasakan seolah olah AJK tersebut memang mementingkan selera sendiri sahaja dan tidak pernah memikirkan jemaah yang lain.

Sepatutnya penceramah yang dijemput hendaklah menyampaikan ceramah yang tidak lari dariTajuk dan tujuan mereka dijemput.Perkara sebegini memang kerap berlaku dan sejak akhir akhir ini mereka tidak memirkan atau memandan sentiviti orang lain.Harapan saya supaya pihak pengurusan memandang berat pekara ini,jangan jadikan Surau yang dibenarkan untuk Solat Jumaat ini macam tempat CERAMAH DAN MARKAS PAS.

RBF: Kita sama-sama tunggu reaksi bos TM dan menteri yang jaga GLC.

No comments:

Post a Comment