Sunday, October 3, 2010

SCORE, Bakun bantu Kalimantan

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on October 1, 2010, Friday
Sarawak sedia beri kerjasama jika ibu negara Indonesia ditukar ke Kalimantan Barat
MIRI: Koridor Tenaga Di-perbaharui (SCORE) termasuk projek Empangan Hidroelektrik Bakun (HEB) boleh menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan permintaan tenaga jika idea bahawa ibu negara Indonesia ditukar ke Kalimantan Barat menjadi realiti.


SIMBOLIK: Taib memotong reben sebagai simbolik perasmian jalan penghubung dari Stutong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam. Turut kelihatan Awang Tengah (dua kanan), Manyin (tiga kanan), Chan (belakang) Ting (lima kanan) serta yang lain. (BERITA LANJUT DI MUKA 4) — Gambar Jeffery Mostapa 
Ini berikutan kenyataan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono baru-baru ini yang mencadangkan bahawa pusat pentadbiran dan ibu negara Indonesia di Jakarta ketika ini, mungkin akan dipindahkan ke Kalimantan Barat.
Ini berikutan populasi kepadatan penduduk di Jakarta yang sekarang telah pun mencecah seramai 12 juta orang.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber-kata, kerajaan negeri mene-rima baik idea tersebut dan memberitahu bahawa Kalimantan Barat akan turut mendapat rangsangan pembangunan daripada HEB dan Kerajaan Negeri Sarawak sedia untuk bekerjasama.
“Kita sangat mengalu-alukan idea Kalimantan Barat akan turut mendapat rangsa-ngan pembangunan melalui-nya (Bakun) dan sedia untuk bekerjasama,” kata Taib semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Penyerahan Kunci 10 Lot rumah banglo di Pantai Piasau, Pulau Melayu, petang semalam.
Menurut beliau, kerajaan negeri akan membuat pertimbangan berkaitan dengan prospek supaya kerjasama boleh dilaksanakan dengan pihak Kalimantan Barat.
Katanya, setiap aspek perlu diteliti termasuk persediaan berkaitan infrastruktur yang cukup daripada pihak Indonesia supaya kerjasama boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
Baru-baru ini, kerajaan Persekutuan bersetuju Kerajaan Negeri Sarawak meng-ambil alih HEB untuk men-jana keperluan tenaga di ne-geri ini tetapi masih menjalankan rundingan bagi menentukan kos pengambil-     alihannya daripada Kementerian Kewangan Malaysia.
Minggu lepas, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberitahu bahawa projek Bakun yang dimiliki Kementerian Kewangan, akan diambil alih kerajaan negeri, namun kos pembelian hanya akan merangkumi kos pembinaan dan ia langsung ti-dak bermotifkan keuntungan.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya tentang kerjasama Naim Holdings Berhad (Naim) dengan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM), Taib memberitahu ia merupakan konsep yang sungguh mudah  untuk dipraktikkan.
“Ia merupakan konsep yang mendatangkan keuntungan kepada semua orang, jika anda mempunyai tanah, anda boleh bekerjasama dan lebih baik bekerjasama dengan orang yang berpengalaman,” ujarnya.
Mengenai konsep kerja-sama tersebut dan kaitannya dengan Malaysia Rumah Ke-duaku (MRK) pula, Taib menjelaskan bahawa apa yang penting adalah potensi pelancongan di sesebuah kawasan itu terlebih dahulu kerana ia akan memastikan kewujudan  pasaran.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Perancangan dan  Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) Pujut Andy Chia, Pengarah Urusan Naim Holdings Berhad Datuk Hasmi Hasnan dan kenamaan-kenamaan lain.

No comments:

Post a Comment