Posted on October 19, 2010, Tuesday
KUCHING: Pengusaha-peng-usaha industri pelancongan di negeri ini diminta untuk menggunakan kemudahan Internet bagi memperluaskan pasaran di samping mempromosikan tarikan-tarikan pelancongan yang ditawarkan.Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Mong Dagang berkata Internet merupakan kaedah yang amat berkesan untuk memper-kenalkan destinasi pelancongan negeri ke seluruh dunia.
Berucap pada Majlis Pelancaran Laman Web ‘Click With Us’ Pelancongan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Mong berkata jaringan kerjasama menerusi Internet di kalangan para pengusaha pelancongan negeri ini akan dapat merancakkan aspek promosi.
“Satu laman web yang sesuai bukan sahaja memudahkan pelanggan atau pelancong melihat huraian-huraian tarikan pelancongan di negeri ini, malah dapat terus membuat tempahan melaluinya,” katanya.
Laman web www.sedctourism.com menampilkan Damai Golf and Country Club, Kuching Waterfront, Matang Family Park, TopSpot, Sarawak Plaza, Riverside Shopping Complex dan Sara Worldwide Vacations.
Para pelayar laman web ini boleh melihat dan muat turun risalah-risalah dan pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh hotel-hotel SEDC seperti ‘Damai Escapade’ di Damai Beach Resort dan ‘Refresh Room Package’ di Grand Margherita serta Riverside Majestic Hotel.
Laman web ini juga mengan-dungi ciri-ciri aktiviti pelan-congan yang telah diatur oleh agensi-agensi pelancongan melalui hubungan langsung untuk laman web Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif STB Dato Rashid Khan, Penasihat Persekutuan Pelancongan Sarawak Dato Wee Hong Seng serta Peng-urus Besar SEDC Datu Dr Sulai-man Hussaini dan Timbalannya Wan Lizozman Wan Omar.
No comments:
Post a Comment