Monday, October 25, 2010

Kekalkan warisan pemimpin BN



NIKMAT PEMBANGUNAN: Taib menandatangani plak sebagai simbolik perasmian Tebingan Sungai Dalat sambil disaksikan (dari kiri) Saudi, Muhammad Leo, Yussibnosh dan Fatimah. Tebingan Sungai Dalat menelan kos sebanyak RM 3.95 juta serta mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan.

by Awangku Khaider. Posted on October 24, 2010, Sunday
DALAT: Ketua Menteri  Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meminta rakyat negeri ini agar terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada masa hadapan meskipun selepas ketiadaan beliau.

Justeru menurut beliau, perjuangan politik pemba-ngunan yang meletakkan ke-sejahteraan rakyat di aras tertinggi merupakan warisan pemimpin BN hari ini untuk diteruskan oleh generasi akan datang.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian menyata-kan demikian dalam ucapan perasmian Tebingan Sungai Dalat dan Lumba ‘Besaug’ Dalat di Auditorium Terbuka Tebingan Sungai, di sini semalam.
“Walaupun saya tiada, perjuangan BN perlu terus di-pelihara untuk memastikan kebajikan rakyat terjamin.
“Perpaduan rakyat wajib dipertahankan sebaik mungkin untuk membolehkan segala rancangan pembangunan dijalankan.
“Arah mahupun hala tuju politik hari ini berlainan de-ngan dahulu. Ketika itu (80-an) saya sering melaungkan ucapan berintikan politik untuk membangkitkan kesedaran rakyat agar menyokong pergerakan yang betul (BN),” katanya.
Pada masa sama, beliau memberikan ingatan kepada para pemimpin pembangkang supaya tidak mencemarkan perpaduan rakyat negeri ini dengan pendekatan politik yang penuh pembohongan, hasad dengki serta pertengkaran.
“Jangan cemarkan keharmonian negeri ini dengan politik yang tidak elok. Pendekatan politik pembangkang ti-dak sesuai dipraktikkan di negeri ini. Jika sentiasa berkelahi sesama sendiri, adakah ruang untuk usaha memba-ngunkan negeri ini?
“Sejajar penerimaan baik rakyat terhadap agenda politik pembangunan yang kini memasuki gelombang kedua, saya mengurangkan ucapan berbaur politik. Kini saya gembira untuk memberikan ucapan berkaitan pembangunan dan nasihat,” jelasnya.
Taib mengakui Koridor Tenaga Diperbaharui Sara-wak (SCORE) yang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM360 bilion ke negeri ini tidak mampu direalisasikan tanpa perancangan teliti di peringkat awal.
“Saya mendapat ilham serta merancang untuk mewujudkan SCORE 10 tahun le-bih awal sebelum ia dilaksanakan.
“Bagaimanapun, tanpa ke-wujudan enam kampus universiti di negeri ini, SCORE tidak akan berjalan lancar.
“Hari ini, perkembangan SCORE begitu pesat. Banyak peluang pekerjaan terhasil.
“Dahulu, apabila saya bercakap perkara berkaitan pembangunan besar, ramai susah mahu percaya. Sekarang, bagaimana? Semua ini diusahakan BN untuk rakyat,” tambahnya.
Hadir sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri merangkap ADUN Dalat Datin Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie dan Residen Mukah Saudi Narani.
Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Pegawai Da-erah Dalat Yussibnosh Balo serta Wali Kota Majlis Da-erah Dalat/Mukah (MDDM) Ali Suhaili turut menghadiri      keramaian itu.

No comments:

Post a Comment