Friday, October 15, 2010

Pusat PKR dibanjiri memorandum

E-mail Print











By B Nantha Kumar
DAMANSARA : Pusat Parti PKR hari ini di banjiri oleh ahli parti dari cabang-cabang negeri Selangor.
Didapati pusat parti menerima tiga memorandum dan satu bantahan daripada ahli-ahli yang tidak puas hati dengan proses perjalanan pemilihan cabang.


Penyerahan memorandum menjadi panas seketika apabila beberapa ahli parti menjerit “Undur Azmin Ali, Undur”. Bagaimanapun mereka di tenteramkan oleh ahli lain yang berada di situ.

Bermula dengan cabang Hulu Selangor di mana sekumpulan ahli parti diketuai oleh Nazar Yakin memberi satu memorandom pada pukul 2.00 petang. Kandungan memorandum adalah memberhentikan pemilihan semula di Hulu Selangor.

Nazar, calon ketua cabang di Hulu Selangor, menang dengan majoriti 37 undi tetapi akhirnya keputusan dibatalkan oleh Jawatankuasa Pengawas Pemilihan (JPP) kerana jumlah kertas undi melebihi pengundi yang hadir.

Ketika mengulas mengenai keputusan majlis tertinggi parti iaitu pemilihan semula, Nazar berkata keputusan mengadakan pemilihan semula adalah satu tindakan yang kurang bijak.

"Hulu Selangor adalah satu kawasan yang sangat besar malah lebih besar dari Melaka dan Perlis. Keputusan mengadakan pemilihan semula akan membebankan ahli parti kerana terpaksa mengeluarkan duit untuk datang ke pusat undi," katanya.

Tambahnya lagi, "Saya berasa hairan kerana JPP dan pusat parti hanya membatal pemilihan cabang Hulu Selangor kerana masalah kertas mengundi melebihi pengundi sedangkan perkara yang sama yang berlaku di cabang Shah Alam, Kelana Jaya dan Kuala Selangor.”

"Saya juga tidak memehami kedudukan pusat parti yang mana mengamalkan 'double standard' hanya di Hulu Selangor. "

Nazar yang juga bekas calon parti Semangat 46 di Hulu Selangor pada tahun 1990 berkata tujuan utama memberi memorandom ini adalah untuk meminta JPP membatalkan cadangan mengadakan pemilihan semula.

Pemilihan semula

Dalam pada itu ahli-ahli dari cabang Kelana Jaya, Kuala Langat dan Pandan memberi memorandum kepada pemimpin parti untuk mengadakan pemilihan semula di cabang-cabang tersebut.

Seorang ahli parti cabang Pandan yang enggan ingin mendedah nama berkata pemimimpin pusat perlu memberi peluang sekali lagi kepada ahli dari cabang Pandan untuk memilih ketua mereka.

Didapati pemilihan cabang Pandan seri selepas kedua-dua calon ketua cabang menerima undi yang sama iaitu 105 undi.

Bagi cabang Kuala Langat dan Kelana Jaya menekan pemimpin pusat perlu menyegarakan pemilihan semula kerana pemilihan sebelumnya tidak adil sama sekali.

Terdapat beberapa unsur fitnah dan 'undi hantu' berlaku semasa pemilihan kedua-dua cabang tersebut.

Dr Vikneswaran dari cabang Kelana Jaya berkata adalah tidak adil sekiranya pemimpin pusat tidak mengadakan pemilihan semula kerana jelas dimana berlaku beberapa perkara kotor untuk memenangkan calon “Dream Team”.

"Sedangkan JPP membatal keputusan di Hulu Selangor kerana jumlah kertas mengundi melebihi pengundi, kenapa pula tidak di Kelana Jaya?” bersoal beliau.

"Kita selaku ahli PKR meminta pusat parti untuk memberi satu contoh yang baik kepada seluruh dunia dengan mengadakan pemilihan semula.

“Sekiranya gagal berlaku ia jelas memberi gambaran yang buruk terhadap parti. Maka ia akan memberi kesan negatif kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya," kata seorang ahli lagi dari cabang Kuala Langat.

No comments:

Post a Comment