Wednesday, October 6, 2010

Sokongan padu 2,000 ahli parti kompenan BN sambut Taib


Posted on October 4, 2010, Monday
BINTULU: Kain rentang berbunyi ‘Hidup Pehin Sri Taib’, ‘Hidup Barisan Nasional’, ‘Kami ahli PBB masih perlu pimpinan Pehin Sri Taib’ dan ‘Kami mahu YAB Pehin Sri terus memimpin kerajaan BN Sarawak’ mengiringi ketibaan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Lapangan Terbang Bintulu semalam.


TERUSKAN PERJUANGAN: Barisan penyokong dan ahli-ahli parti komponen BN yang menyambut ketibaan Taib (gambar kanan) di Lapangan Terbang Bintulu, semalam. Turut kelihatan Talib (kanan).
Laungan ‘Hidup Pehin Sri’ dan ‘Hidup BN’ daripada kira-kira lebih 2,000 orang ahli parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menambah kemeriahan sambutan ketibaan beliau yang menghadiri majlis ramah-tamah Aidilfitri di Medan  Niaga SEDC malam tadi.
Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta Parti Rakyat Sarawak (PRS) membawa bendera parti masing-masing dan sepanduk sejak jam 4.30 petang.

2,000 orang itu telah diatur oleh Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili.

Ketibaan beliau turut disambut Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip dan Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Stephen Rundi Utom.

No comments:

Post a Comment