Friday, October 15, 2010

Masing - Henti pemberian lesen



by Pauline Kayan. Posted on October 14, 2010, Thursday
Subkontraktor pembalakan hanya mementingkan keuntungan: Masing
KAPIT: Menteri Pembangunan Tanah, Dato Sri Dr James Jemut Masing mahu supaya pemberian lesen kepada  semua subkontraktor untuk melakukan kegiatan pembalakan dihentikan bagi mengelakkan kejadian feno-mena himpunan kayu balak hanyut berulang lagi di masa akan datang.

Beliau berkata para subkontraktor yang diberikan tanggungjawab untuk menerus-kan pengambilan kayu-kayu balak di kawasan itu hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak me-mikirkan kesan serta akibat daripada tindakan mereka.
“Aktiviti pembalakan di Ulu Baleh ini sudah bermula 30 tahun yang lepas, namun pada waktu itu syarikat-syarikat besar yang mengendalikan aktiviti pembalakan ini mematuhi undang-undang yang ditetapkan iaitu tidak mengambil pohon kayu yang terletak di dalam kawasan 100 meter (buffer zone) jaraknya daripada sungai untuk meng-elakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
“Namun begitu, sejak para subkontraktor mengambil alih tugas ini dalam lima tahun kebelakangan ini, mereka mengabaikan undang-undang tersebut kerana mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program 1Malaysia Bersama Pemimpin di Rumah Tajai, Baleh malam kelmarin.
Masing yang juga Ahli     Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh berkata, mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan kemusnahan seperti ini sama sekali tidak menghormati masyarakat setempat dan tidak mengambil berat terhadap kesan perbuatan mereka kepada alam sekitar.
“Mereka bersikap sambil lewa kerana mereka hanya akan berada di kawasan ini dalam tempoh yang singkat iaitu dua atau tiga tahun sahaja. Akhirnya, penduduk setempat yang menjadi mangsa kepada perbuatan mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, ini meru-pakan kali ketiga pencemaran sungai seperti ini berlaku dalam tempoh dua tahun ini. Namun kejadian yang disifat-kannya sebagai ‘tsunami kayu balak’ ini merupakan yang paling buruk sekali pernah berlaku.
“Kejadian ini bukan kejadian alam sebaliknya berpunca daripada sikap manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Malah, pokok-pokok seperti ensurai, engkabang dan sebagainya yang tergolong dalam spesies terlindung oleh kerajaan negeri di tebing–tebing sungai turut menjadi sasaran (subkontraktor) ini,” katanya.
Beliau berkata, pada masa ini siasatan sedang dijalankan untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab mengakibatkan kemusnahan tersebut.
“Hukuman akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah meng-akibatkan kejadian ini,” tegas beliau lagi.
Kejadian yang disifatkan oleh Masing sebagai ‘tsunami  kayu balak’ yang berlaku pada 7 Oktober lepas bukan sahaja memusnahkan habitat sungai, malah mengorbankan dua nyawa dan merosakkan dua buah jambatan yang merentangi Sungai Baleh.
Lebih buruk ia juga turut menyebabkan bandar kecil Kapit hampir terputus hubu-ngan dengan daerah lain termasuk bandar utama, Sibu kerana Batang Rajang tidak dapat dilalui oleh bot-bot ekspres dan bot pengangkut yang lain.
Dalam pada itu, Masing turut mengumumkan peruntukan di bawah bantuan kecemasan daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM20,000 untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Koh, RM10,000 untuk Rumah Janggu dan RM7,000 kepada Rumah Me-ringai untuk membaiki jambatan serta jeti yang rosak akibat daripada kejadian tersebut.
Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Muda di Pejabat  Ketua Menteri John Sikie Tayai; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Angeline Umis Tujok; Timbalan Residen Pembangunan Selamat Jati Yanjah; Pegawai Da-erah, Simon Japut Tiok dan ketua-ketua masyarakat.

No comments:

Post a Comment