Sunday, October 10, 2010

Manifesto pembangunan 5 tahun

TAHNIAH: Taib menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar pada majlis konvokesyen, semalam. — Gambar Jeffery Mostapa
TAHNIAH: Taib menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar pada majlis konvokesyen, semalam. — Gambar Jeffery Mostapa
by Jessica Jawing. Posted on October 6, 2010, Wednesday
Ia termasuk rancangan peralihan model ekonomi yang pelbagai di negeri ini, kata Taib

TAHNIAH: Taib menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar pada majlis konvokesyen, semalam. — Gambar Jeffery Mostapa
KUCHING: Sarawak memerlukan manifesto bagi memudahkan lagi rakyat-nya memahami arus pembangunan dan kempimpinan di bawah kerajaan Barisan  Nasional (BN).

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata manifesto itu nanti merupakan satu program peranca-ngan beliau mengenai pem-bangunan Sarawak dalam jangka masa lima tahun ke-pada rakyat negeri ini.
Menurutnya manifesto yang dihasilkan itu juga termasuk rancangan peralihan model ekonomi yang pelbagai di  negeri ini.
“Antara perkara yang perlu saya pertimbangkan adalah apa yang ingin saya janjikan ke-pada rakyat sebagai program bagi tempoh lima tahun akan datang dan ia perlu dimasuk-kan sebagai manifesto saya.
“Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang saya ti-dak dapat lakukan kerana apa yang saya dapat lakukan adalah bergantung kepada respon daripada rakyat,” kata-nya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
Menurutnya, jika sesuatu perkara yang dilaksanakan beliau tidak mendapat respon daripada rakyat ia bermakna perancangan yang dilakukan tidak tercapai.
“Justeru itu saya harus menghasilkan manifesto untuk Sarawak dan beralih kepada model ekonomi yang pelbagai kerana saya perlu mengemukakan manifesto yang terbaik kepada semua,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai faktor yang akan dipertimbangkan beliau sebelum meng-adakan pilihan raya negeri akan datang.
Namun jelas Taib, manifesto terbabit bukan hanya menekankan pembangunan ekonomi tetapi termasuk me-neruskan hasrat membangun-kan negeri lebih baik.
“Saya ingin memastikan asas negeri ini kekal kukuh, politik yang stabil dan perpaduan kaum yang berterusan dan rakyat tidak boleh lupa mengenainya,” ujarnya.
Beliau turut memberitahu, Sarawak juga bakal menye-diakan maklumat jelas ter-masuk mewujudkan laman web atau internet mengenai kerajaan dalam jangka masa lima tahun.
Kata Taib ia bakal me-nerangkan kepimpinan kerajaan yang sedia ada dan meng-ubah situasi serta tanggapan yang daripada masyarakat khasnya terhadap kerajaan selama ini.
Mengulas mengenai pilihan raya negeri akan datang katanya ia bukan satu perkara mudah untuk memutuskan tarikh pilihan raya.
“Jangan risau pilihan raya negeri akan menjelang, namun saya tidak dapat membuat keputusan sekarang dan ia bukan perkara yang senang bagi seorang individu untuk membuat keputusan bagi dua juta rakyatnya,” tegasnya.
Ditanya mengenai peluang parti pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya negeri akan datang beliau berkata: “Jika anda ingin menjadi kerajaan, anda perlu mempunyai rancangan yang khusus walaupun secara kasarnya.”

No comments:

Post a Comment