Monday, October 18, 2010

Rakyat penentu masa depan



HADIAH HARI JADI: Tun Salahuddin bersama-sama Norkiah, Taib dan Abang Johari (kiri) tertarik melihat kad gergasi sempena Hari Jadi Ke-89 Yang di-Pertua Negeri di Padang Merdeka Kuching, semalam. (RAKAMAN KEMERIAHAN DI MUKA A5)


by Wan Ali Amit. Posted on October 17, 2010, Sunday
KM mahu rakyat berfikiran positif tentukan hala tuju S’wak selepas pilihan raya negeri

HADIAH HARI JADI: Tun Salahuddin bersama-sama Norkiah, Taib dan Abang Johari (kiri) tertarik melihat kad gergasi sempena Hari Jadi Ke-89 Yang di-Pertua Negeri di Padang Merdeka Kuching, semalam. (RAKAMAN KEMERIAHAN DI MUKA A5)
KUCHING: Kejayaan Sarawak mengecapi kemajuan lebih pesat tatkala berhadapan dengan pelbagai cabaran globalisasi adalah terletak di bahu rakyat, kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Justeru, rakyat harus berfikiran positif untuk menentukan hala tuju kemajuan negeri ini setaraf dengan negaranegara maju selepas pilihan raya negeri nanti.
“Jika rakyat berfikiran positif sudah tentu segala perancangan untuk mencapai tahap negeri maju akan terlaksana, sebaliknya jika rakyat berfikiran negatif sudah pasti kita akan ketinggalan,” katanya.

Taib berkata bahawa kemajuan dan kejayaan pembangunan pesat yang dikecapi Sarawak pada masa ini adalah berkat kestabilan politik serta kekukuhan perpaduan di kalangan rakyat.
Beliau menarik perhatian walaupun segelintir golongan bersikap negatif namun semangat dan kesungguhan rakyat telah meletakkan kejayaan besar bagi negeri ini.
“Walaupun kita telah membuktikan kemampuan mencapai tahap negeri maju dan dianggap sebagai sebuah negeri yang berada di landasan pembangunan terbaik, namun kita masih mempunyai tugas berat malah lebih besar.
“Justeru, ini merupakan cabaran bagi setiap rakyat untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk mencapai aspirasi sebuah negeri maju,” katanya sambil menambah kerajaan negeri amat mengalu-alukan program transformasi yang dilancarkan kerajaan pusat baru-baru ini.
Taib menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus berusaha mempertingkatkan pembangunan untuk menjadikan Sarawak maju dalam pelbagai bidang agar rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan.
Ketua Menteri berkata demikian dalam ucapannya pada Istiadat Perbarisan Rapat Raksasa sempena Sambutan Hari Jadi Ke-89 Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Padang Merdeka, di sini semalam.
Sebanyak 89 kontinjen daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan dan institusi pengajian tinggi menyertai perbarisan itu.
Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta menteri yang bertanggungjawab terhadap perayaan tersebut iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Taib berkata pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) akan mengubah wajah pembangunan negeri ini dengan lebih mapan terutamanya dalam industri berasaskan perladangan, teknologi, tenaga dan pelancongan.
“Kita akui bahawa SCORE bakal menyediakan pelbagai peluang ekonomi dan jutaan pekerjaan kepada penduduk negeri ini.
“Justeru, saya berharap rakyat akan dapat meningkatkan usaha untuk terus menikmati kemajuan,” katanya. Beliau menambah industri pelancongan merupakan peluang terbaik bagi rakyat negeri ini menerokainya bagi meningkatkan taraf sosioekonomi.
“Saya percaya dengan segala perancangan pembangunan yang bakal kita tempuhi akan berupaya membawa rakyat ke era lebih gemilang, sekali gus menjadikan Sarawak sebuah negeri paling maju,” katanya.

No comments:

Post a Comment