Wednesday, October 6, 2010

Kes Liwat : PKR Klang kacau sidang media Rahimi Osman

rahimi-anwar-slideoct6-358x268.5

Sidang media Rahimi Osman (bertanda bulat) diganggu oleh penyokong-penyokong Anwar
| 0 Comments | 0 TrackBacks


AIDCNews

KLANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di luar negara telah mendapat maklumat bekas pembantunya akan membuat sidang media di restoran Lotus Klang, jam 4 petang tadi berkaitan kes liwatnya, beliau telah mengarahkan PKR Klang untuk membuat kekacauan supaya sidang media itu tidak dapat dijalankan.

R Suresh Kumar, Naib Presiden PKR Klang  yang mengetuai kekacauan itu telah bertempik serta menganggu sidang media bekas pembantu Anwar yang bernama Rahimi Osman itu.

Perwakilan India PKR Klang juga turut mengancam akan memukul dan menyeret keluar Rahimi dari restoran itu, jika bekas pembantu Anwar  itu  tidak menamatkan sidang medianya.

Rahimi yang tidak mahu kekecohan itu bertukar menjadi huru hara, menghentikan sidang medianya dan akan melakukan sidang media pada masa lain.

Walau bagaimanapun, Rahimi Osman telah berjaya membuat laporan polis di IPK Klang, jam 2 petang tadi.


Siapakah Rahimi ?

Rahimi Osman merupakan pegawai khas Anwar sejak tahun 2007, yang pernah bertugas di pejabat Anwar di Seksyen 16, Petaling Jaya.
Menurut keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Anwar, Rahimi merupakan kawan sekolahnya yang menjemput dia bekerja sebagai sukarelawan membantu Anwar di pejabat Seksyen 16, sekitarawal Mac 2008.

Sekitar April 2008, Rahimi dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Sulit, manakala Saiful juga turut dilantik sebagai pembantu peribadi Anwar. Pelantikan dibuat secara lisan oleh Anwar sendiri.
Pada 27 Jun 2008, Saiful menghantar e-mel(menggunakan blackberrynya) kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya yang berkuat serta merta.

Rahimi juga mengambil langkah sama meletakkan jawatannya dengan alasan untuk menumpukan bisnes keluarga.


Rahimi juga mengatur perjumpaan Saiful dengan Ezam Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik Anwar untuk mengadu kes liwat yang membabitkan Penasihat Umum PKR itu.

Misteri lelaki bernama Rahimi Osman


Kes Liwat : Anwar arah Rahimi buat pengakuan palsu

Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan - oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.

Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.

Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.
Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.

Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.

Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

No comments:

Post a Comment