Sunday, October 10, 2010

Program Sejiwa Senada Berjaya, KM


Oleh:ELFIELFA
MUKAH:Sikap ingin bersama-sama, seirama senada telah dimegertikan oleh hampir seluruh rakyat yang telah sama-sama hadir dan terlibat dalam Program Sejiwa Senada iaitu sesuai juga dengan tema “Kerajaan Bersama rakyat”.

Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada di Mukah pagi ini berkata penglibatan dan penyertaan rakyat dalam apa juga agenda kerajaan amat penting bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.
“saya menganggap penganjuran Program Sejiwa Senada ini sebagai satu landasan terbaik bagi agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sarawak untuk mendekati rakyat serta menggunakan peluang ini untuk menyebarkan pelbagai maklumat serta inisiatif terkini kepada segenap lapisan masyarakat,”katanya.
Program yang berbentuk people centric dan inovatif sebegini harus digunakan sebaik mungkin oleh setiap agensi kerajaan untuk mendapatkan maklum balas yang membina daripada rakyat bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada mereka.
“Rakyat harus mengambil peluang ini untuk mendalami peranan, fungsi dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan serta mengetahui pencapaian mereka.Oleh itu, sumbangan idea daripada rakyat amat dialu-alukan.
“Inisiatif sebegini akan mewujudkan jalinan hubungan yang lebih mesra dan erat antara kerajaan dan rakyat dengan satu semangat kerjasama yang padu bagi merealisasikan aspirasi serta wawasan negara.”tambah beliau.
Selain itu, Taib mempunyai harapan yang sangat tinggi kepada anak-anak sarawak agar bersedia dengan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi menyahut keperluan sebanyak 1.6 juta pekerjaan menjelang 2030 nanti.
“Siapa pandai guna peluang keemasan sebegini pada masa ini nanti akan beruntung selaras dengan pembangunan yang semakin deras melanda sejajar dengan SCORE”.
Lebih 5000 orang datang membanjiri Program Sejiwa Senada di Mukah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Md Yahaya Bin Basimin, Ahli Parlimen Mukah, Dato Seri Muhamad Leo Toyad.

No comments:

Post a Comment