Sunday, October 24, 2010

Taib : Dalat Pesat Membangun

DALAT, 23 Okt: Pekan Dalat diumumkan bakal menjadi bandar Satelit dalam rancangan Kerajaan Negeri Sarawak sesuai dengan pertumbuhan pembangunan yang aktif di SCORE.
“Dalam rancangan SCORE, diharap bermula dari Dalat, Igan, Tanjung Manis, Mukah dan semua bandar berhampiran akan terus maju dalam masa 10 tahun lagi untuk mencapai wawasan 2020,” kata Ketua Menteri, Pehin Seri Dr Abdul Taib Mahmud.

Teruskan dasar yang baik bersama Barisan Nasional (BN) dan jika suatu hari nanti saya telah tiada maka teruskanlah dengan perjuangan yang luhur dan ikhlas supaya Negeri sarawak ini sebuah negeri yang maju, kata beliau.
Taib berkata Sarawak akan menjadi sebuah negeri perindustrian menjelang 2030 dan menggesa ibu-bapa di Dalat mempersiapkan anak-anak mereka untuk bersaing.
Pehin Sri Taib yang juga ADUN Balingian turut menasihati agar golongan muda-mudi tidak mencemarkan politik yang telah muncul sebagai politik yang terbaik di negeri sarawak serta di Negara ini amnya.
“Walaupun mempunyai jenis manusia yang lahir daripada pelbagai Kaum, Agama serta adat resam, penduduk di Sarawak dikagumi dan dilabelkan sebagai rakyat yang muncul sebagai no. 1 bertepatan dengan prinsip 1 Malaysia.
Beliau berucap merasmikan Pesta Bersaug Dalat 2010 dan merasmikan Tebingan Dalat.

No comments:

Post a Comment