Friday, October 29, 2010

Ketua Menteri lawati mangsa bot karam


Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menepuk bahu adik Desmond Roy, murid Tahun Empat SK Tatau yang kematian ibu, Bremas anak Nyuweng,26, bapa, Peter ak Julan,28, dan adik perempuan, Amilia Sisa ak Peter,3, dalam insiden bot ekspres karam I Sungai Anap, Tatau, baru- baru ini.

Insiden malang itu turut mengorbankan sepuluh penumpang lain yang dikenalpasti Wong Siew Guan(21,Durin, Sibu), Wilfred Ukir ak Salleh(juruteknik ukur Jabatan Tanah dan Survei Bintulu), Reas ak Rengan(75, Rh. Engkulau, Sungai Belungai, Kakus), pasangan anak dan ibu, Jennifer Yak dan Undah ak Engkamat, masing- masing berumur sepuluh bulan dan 23 tahun, Lily ak Manggi, 38, Lenny anak Eben,9, Alicia Emelda ak Sumping,5, serta Empam ak Untam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Muda Majlis Luar Bandar merangkap ADUN Kakus, John Sikie Tayai menyerahkan bantuan wang ehsan daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada adik Desmond Roy ak Peter.
Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan bantuan wang ehsan sebanyak RM60 ribu kepada kesemua mangsa korban dan terselamat bot ekpres karam di Sungai Anap, Tatau. Menerusi bantuan itu, kesemua mangsa korban dan mereka yang terselamat menerima wang ehsan sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Datu Haji Sudarsono Haji Osman mendengar cerita Lio Jok, salah seorang daripada tiga kakitangan jabatan berkenan yang terselamat dalam insiden bot ekspres karam di Sungai Anau, Tatau, baru- baru ini. Dalam tragedi malang itu, seorang kakitanganya yang berkhidmat sebagai juruteknik ukur, Wilfred Ukir ak Salleh,56, terkorban sementara tiga yang terselamat ialah dua Pekerja Rendah Awam, Zamhari Hazmi serta Mohammad Dol serta juruteknik ukur, Lio Jok.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Datu Haji Sudarsono Haji Osman mendakap erat Mohammad Dol, salah seorang daripada kakitangan JTS Bintulu yang terselamat dalam insiden bot ekspres karam di Sungai Anap, Tatau, baru- baru ini. Selain Mohammad, turut terselamat ialah juruteknik ukur, Lio Jok. Insiden tersebut, bagaimanapun mengorbankan juruteknik ukur, Wilfred Ukir ak Salleh,56

No comments:

Post a Comment