Tuesday, October 12, 2010

PBB perlu sokongan rakyat



Posted on October 11, 2010, Monday
LIMBANG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  memerlukan sokongan penuh segenap lapisan rakyat negeri ini bagi membolehkan ia terus menerajui tampuk kepimpinan sebagai parti tonggak kerajaan negeri.
                            
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata PBB mempunyai cara dan politik yang tersendiri untuk meneruskan khidmat serta pembangunan kepada rakyat di negeri ini.
Beliau berkata PBB tidak dapat berdiri secara sendirian tanpa sokongan kuat rakyat untuk meneruskan perjuangan parti.
Menurut beliau lagi sebagai tulang belakang kerajaan BN, perjuangan parti tersebut harus diteruskan untuk menabur bakti kepada agama dan bangsa serta memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Sokongan rakyat membolehkan PBB terus kukuh memerintah dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.
“Kelebihan ini membolehkan PBB terus bergerak dan dipandang tinggi oleh parti komponen BN yang lain,” katanya ketika berucap pada pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda dan Wanita  PBB Bukit Kota di sini malam kelmarin.
Turut hadir isteri Dr Rahman Dayang Maimunah Awang Daud, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota merangkap Walikota  Majlis Daerah Limbang (MDL) Sufian Mohat, Ketua Pergerakan Wanita Bukit Kota Nornnimarlini Abdullah dan jemputan lain.
Dr Rahman menjelaskan hanya melalui PBB segala kepentingan dan keperluan rakyat dapat diperjuangkan sejajar dengan peranan parti tersebut untuk membela kebajikan rakyat.
Katanya rakyat seharusnya tanpa ragu-ragu terus menyokong dan menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi untuk bersama-sama dengan PBB sekali gus memastikan parti tersebut kekal memerintah.
“Dengan sokongan kuat ini, ia akan menjadikan PBB kekal utuh di kawasan kita untuk memastikan segala perancangan pembangunan dapat direalisasikan dan direncanakan secara berkesan.
“Kita tidak mahu menghampakan harapan dan impian rakyat yang selama ini menyokong PBB, justeru perjuangan tersebut harus diteruskan dan tidak menjadi sia-sia,” katanya.
Beliau menambah masih banyak lagi tanggungjawab  yang perlu ditunaikan untuk membela hak rakyat termasuk melaksana perubahan dan pembangunan secara fizikal dan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi rakyat.
Katanya, Sarawak tidak perlu menukar kerajaan seperti yang dilakukan di beberapa negeri di Semenanjung kerana dasar politik pembangunan sentiasa berjalan seiringi dengan kehendak pembangunan negara.
Pada masa sama beliau mahu semua ahli PBB di daerah ini agar mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya yang bakal diadakan bila-bila masa.
“Ahli PBB perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi segala cabaran dengan penuh bersemangat.
“Ia termasuk persediaan kita untuk  ‘berperang’ pada pilihan raya yang akan diadakan. Kita yakin melalui semangat yang ditunjukkan Pergerakan Pemuda dan Wanita, segala tanggungjawab dan cabaran akan dapat digalas dengan mudah,” katanya.

No comments:

Post a Comment