Thursday, October 28, 2010

Melaka Runtuh Kerana Kaum Cina, Chua Soi Lek Jangan Putar Belit Sejarah - Peraktoday

Tidaklah mengejutkan kita bila DAP mempersoalkan keputusan menjadikan Sejarah sebagai subjek teras dan mesti lulus bagi SPM. “Kenapa mengumumkkannya dalam Perhiimpunan UMNO?” Mereka bertanya. Jawapannya, kenapa tidak? DAP adalah satu-satunya parti politik di dunia yang cuba menukar sejarah demi memuaskan nafsu tamak haloba mereka untuk mendominasi dan menguasai orang lain.

Mereka telah lama mendesak rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa komunis juga adalah wira yang berjuang untuk Kemerdekaan. Tidak disebut pula bagaimana berjuang untuk Kemerdekaan bermaksud membunuh tentera negara ini dan juga rakyat yang tidak berdosa.
Menafikan sejarah adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Cuba untuk menukar fakta mengenai perkara yang telah berlaku adalah cara perjuangan yang kotor. Jika DAP ingin berkuasa, sekurang-kurangnya berjuanglah sebagai anak jantan.
Tetapi kita sedia maklum siapa itu DAP – rasis tegar. Apa yang kita ingin persoalkan di sini ialah siapakah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Soi Lek telah mengingkari arahan PM agar tidak lagi mempersoalkan Hak Melayu sejurus selepas pengumuman tersebut dibuat. Soi Lek memberitahu pemberita bahaw isu tersebut akan tetap dibincangkan secara tertutup.
Apabila Kementerian Pelarajan mengumumkan keputusan untuk menjadikan Sejarah subjek wajib untuk SPM, Soi Lek sekali lagi menyuarakan ‘keprihatinannya’, bahawa buku teks sejarah yang ada cenderung untuk melebihkan kaum dan tamadun agama tertentu.
Dengan menyebut ‘kaum dan agama tertentu’, kita tahu secara hakikatnya bahawa Soi Lek merujuk kepada Melayu dan Islam.
Kita tidak dapat memahami maksud Soi Lek agar subjek tersebut disemak semula untuk menjadikannya adil untuk semua kaum.
Bagaimana sejarah boleh menjadi tidak adil? Sejarah adalah sejarah dan ia direkodkan sebagaimana ia terjadi.
Tentu sekali Melayu dan Islam direkodkan secara dominan di dalam sejarah negara kerana Melayu adalah penduduk asal dan Islam adalah agama mereka sejak Parameswara memeluk Islam pada kurun ke 15 atau mungkin lebih awal iaitu bila Batu Bersurat Terengganu ditulis.
Soi Lek adalah contoh tipikal Cina Malaysia yang bermentaliti pendatang tetapi bertegas mengaku sebagai warga yang setia.
Kaum Cina dengan mentaliti pendatang ini enggan mengakui bahawa sejarah Malaysia tidak bermula dari Malaya tetapi jauh lebih awal iaitu dari Tanah Melayu dan sebelumnya. Melayu telah berada di sini sejak Tuhan mencipta bangsa itu dan dari situlah negara ini diberi nama Tanah Melayu.
Perkataan ‘Melayu’ atau ‘Tanah Melayu’ itulah yang begitu menyakitkan hati kaum Cina, betul tak Soi Lek? Datuk Seri juga seorang rasis, bukan? Sama seperti DAP.
Jika ‘kaum’ begitu penting bagi Soi Lek dan DAP, penulis ingin menyarankan agar mereka membaca bahagian sejarah yang ini:
Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.
Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.
Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.
Sebenarnya,. Ada banyak lagi fakta sejarah yang jika didedahkan akan mengguriskan hati orang Cina Malaysia bukan setakat pengkhianatan yang dilakukan oleh orang Cina untuk menumbangkan kerajaan Melayu Melaka.
Pengkhianatan orang Cina adalah pelbagai termasuk dalam melakukan kegiatan jenayah, keganasan kongsi gelap terhadap orang tempatan. Malah sejarah turut menipu apabila mengatakan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur sedangkan ia telah dibuka lebih awal oleh orang Melayu.
Nah, inilah rekod sejarah yang adil mengenai ‘sumbangan’ orang Cina kepada negara untuk makluman Soi Lek. Entah bagaimana Soi Lek telah terlepas pandang akan perkara ini ketika di sekolah dahulu.
Kementerian Pelajaran harus menekankan bahagian sejarah yang ini dalam semakan semula buku teks untuk memastikan laporan sejarah yang adil untuk semua kaum.
Sebagai kaum yang bertimbang rasa dan adil, kita tetap menghargai orang-orang Cina yang berjasa termasuk bekas Ketua Polis Perak yang dibunuh kejam oleh komunis. Begitu juga pegawai dan anggota Cawangan Khas berketurunan Cina yang banyak terlibat melumpuhkan kegiatan pengganas komunis dan kumpulan jenayah terancang.
Dan kita tidak pernah mengenepikan jasa-jasa mereka ini dalam memperkatakan mengenai sejarah negara.
Bagi DAP pula, penulis agak sangsi sama ada mereka belajar perkara-perkara penting mengenai sejarah negara di sekolah-sekolah vernakular. Jika tak silap, subjek sejarah di sekolah Cina lebih menekankan Mao Tze Tung dan bukannya Parameswara.
Inilah sebabnya kenapa pengumuman agar sejarah menjadi subjek teras dibuat di dalam Perhimpunan UMNO.

3 comments:

  1. betul. kejatuhan melaka berpunca daripada perebutan kuasa dan sikap tamak bangsa cina da india. perebutan kuasa dikalangan pembesar-pembesar tersebut membuka ruang kepada penjajahan.mengapa perlu menggadaikan negara sendiri? tidak serik dengan penjajahan lampau? bangsa melayu bergolok bergadai mendapatkan kemerdekaan namun bangsa cina dan india berpakat untuk meruntuhkannya pula. wahai bangsa melayu, bangkitlah! sia-sialah nenek moyang bangsa kita berjuang dan bermati-matian kalau negera sendiri tergadai ditangan pengkhianat negara.

    ReplyDelete
  2. orang melayu la yang patut lebih tegas... zahid hamidi patut juga lebih lantang jangan jadi macam sorang tu, cabut keris pon nak nangis ke?

    sori la kalu terkasar bahasa, aku tak minat bab politik tapi sangat sensitif dengan nasib bangsa melayu...

    ReplyDelete
  3. Melayu mudah lupa...

    ReplyDelete