Tuesday, October 19, 2010

Guan Eng sebar nasionalisma Cina Sun Yat Sen



Atas adalah risalah yang ditampal di salah satu papan notis dalam Universiti Sains Malaysia (USM) (Baca sini).



Risalah ini percayai ditampal secara haram. Dengan begitu bersungguh sungguh risalah ini cuba mempertahankan tindakan Guan Eng untuk menggunakan wang judi bagi disalurkan kepada warga emas di Pulau Pinang. Risalah ini seolah mempertahankan benang yang basah.

Pelajar cuba dihasut dan diperdaya agar tidak mempercayai bahawa duit tersebut adalah duit judi kuda. Kumpulan Pro Mahasiswa yang didominasi oleh Persatuan Mahasiswa Islam USM perlu menasihati Student Progresif Front (SPF) di USM agar tidak terlalu mempertahankan perkara yang salah.

Lebih baik memfokuskan kepada perkara yang lebih besar untuk manfaat bersama. Buat apa pertahankan tindakan Guan Eng yang salah itu. Benarkah Guan Eng menurut cara Umar Abdul Aziz di Penang?
Dalam ucapan Guan Eng di DAP Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng telah menyatakan dalam ucapannya untuk adaptasikan 3 People's Principles (nationalism, democracy, equality) yang diterapkan Dr Sun Yat Sen (pengasas Parti Nasionalis Kuomintang).
Baca artikel yang ditulis Lucifer Butler ini.

Ini bermakna DAP percaya dengan falsafah Sun Yat Sen bahawa "Overseas Chinese as The Mother of Revolution".

Guan Eng sebenarnya tidak mengikut cara Umar Abdul Aziz, caranya adalah cara revolusi chauvinis. Inilah falsafah sebenar DAP, orang Islam perlu disedarkan tentang perkara ini sebelum segala-galanya terlambat.

Angin Perubahan

No comments:

Post a Comment