Friday, October 29, 2010
Taib rasmikan Seminar Pembangunan Mukah
Oleh ELFIELFA
MUKAH, Selasa – Di bawah Gelombang Kedua Pembangunan Negeri Sarawak, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pelbagai dasar dan program pembangunan yang dapat meningkatkan lagi taraf hidup rakyat baik di kawasan bandar, kawasan luar bandar mahupun kawasan pedalaman negeri ini.
Berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2010 Bahagian Mukah di Hotel Kingwood Resort, Mukah anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) kepada 284 peserta beliau menegaskan agar kestabilan politik, keharmonian kaum dan dan kemakmuran yang dinikmati oleh Sarawak pada hari ini akan terus dipelihara dan dikekalkan sampai bila-bila demi kesejahteraan hidup rakyat pada masa kini dan generasi yang akan datang.
“Ini adalah selaras dengan agenda Kerajaan Negeri untuk mentransformasikan rakyat untuk mencapai ekonomi pendapatan tinggi seiring dengan pelaksanaan SCORE (Koridor Tenaga DIperbaharui Sarawak). Visi kita adalah untuk memastikan Sarawak antara Negeri yang paling progresif menjelang 2030 apabila pelaksanaan SCORE berada pada tahap kemuncaknya,”kata Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Menurut Ketua Menteri, bagi memastikan agenda pembangunan Negeri dapat dilaksanakan dengan licin dan lancar, maka adalah penting wujudnya kerjasama erat dan sokongan padu antara semua jentera pentadbiran Kerajaan, para pemimpin masyarakat dan rakyat pelbagai kaum Khasnya di peringkat akar umbi.
“Sehubungan itu, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum sebagai pemimpin dan agen perubahan di peringkat akar umbi, perlu sentiasa bekerjasama dengan jentera pentadbiran Kerajaan agar segala program dan projek pembangunan yang telah, sedang dan akan dirancangkan oleh Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan licin dan lancar. Ketua Masyarakat dan Ketua kaum juga perlu mengerakkan rakyat di kawasan masing-masing bagi memanfaatkan peluang ekonomi dan faedah hasil daripada pelaksanaan program pembangunan yang diusahakan oleh Kerajaan.
“Saya amat menyambut baik usaha menganjurkan “Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua masyarakat Negeri sarawak 2010″ ini sebagai satu landasan untuk kita bersama-sama berbincang bagi memantapkan lagi kepimpinan, pengetahuan dan kemahiran pemimpin masyarakat kita yang menjadi teras kepada usaha-usaha pembangunan di negeri Sarawak”, tambah beliau.
Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam perutusan beliau memberitahu dengan bertemakan “Kepimpinan Akar umbi Teras Pembangunan”, Seminar ini bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum mengenai Agenda Pembangunan Negeri Sarawak: meningkatkan pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin akar Umbi serta mempelajari mengenai kaedah-kaedah pengurusan dan kepimpinan yang berkesan.
“Seminar ini bukan sahaja akan diadakan di bahagian Kuching dan Samarahan, bahkan akan membabitkan semua Ketua masyarakat dan Ketua kaum di Semua Bahagian di Negeri Sarawak. Ini kerana kita berharap melalui seminar ini, semua pemimpin masyarakat kita dapat bersama-sama memberikan pandangan dan maklum balas yang bernas demi kejayaan dan kemakmuran negeri Sarawak.”tegas beliau.
Turut hadir pada Majlis ini ialah Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Haji Satem, Datuk Awang Asfia Awang Nasar, Ahli Parlimen Mukah, Dato Muhammad Leo Toyad, ADUN Dalat, Datin Hajah Fatimah Abdullah , Pengarah Biro Agama Islam Negeri Sarawak, Datu Adi Badiozaman Tuah, Residen bahagian Mukah, Saudi Narani dan ADUN Jamoreng, Abu Seman Bin Jahwie.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment