Thursday, September 30, 2010

Taib ingin pertahan DUN Balingian pada pilihan raya negeri

fullban-home 




KUCHING: Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam menjelaskan beliau mungkin akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya negeri kelak.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu bagaimanapun berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi tersebut bergantung kepada keputusan dalam parti.
“Saya ikut apa keputusan parti…saya tidak boleh menentukan untuk saya sendiri.
“Mungkin saya pertahankan Balingian, tapi kalau parti kata tukar maka kita tukar,” katanya yang ditemui selepas majlis Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1 Divisyen dan majlis meraikan anggota cedera 1 Dividyen, di Kem Penrissen di sini semalam.
Menurut Taib, beliau akur dengan keputusan parti seandainya ditentukan untuk menukar kerusi yang dijangka dipertahankannya itu.
Katanya, penentuan tersebut adalah berdasarkan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dan kumpulan dalam parti.
“Dulu saya di Samarahan, kemudian pergi ke Balingian…kalau ada sebab untuk ditukarkan, tidak apa-apa tapi saya mungkin akan balik ke sana (Balingian),” katanya.

Taib, memenangi kerusi Balingian pada pilihan raya negeri 2006, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ibrahim Bayau dengan majoriti 5,726 undi.

No comments:

Post a Comment