BENARKAH NAMA ASAL "TANAH MELAYU" IALAH "BARR CHIN" ATAU TANAH CHINA?
Para pejuang dan aktivis Melayu saya persilakan baca artikel berikut dan membuat penilaian seadil-adilnya tanpa emosi dan menjawab jika perlu berdasarkan fakta sejarah,
Saya begitu tertarik membaca satu artikel tulisan Micheal Chick yang mengatakan asal-usul nama Semenanjung Tanah Melayu ialah Semenanjung Barr Xin atau Barr Chin. Chin ialah merujuk kepada China. Bermakna nama asal ialah Tanah China atau land of the Chinese.
Benarkah begitu?
Micheal Chick berdasarkan tulisan itu telah menjalankan kajian yang serius mengenai sejarah Semenanjung Tanah Melayu dengan menyebut nama ahli sejarah terkenal seperti Prof Dr Khoo Khay Kim, Ahli falsafah Greek, Ptolemy, catatan pedagang Arab, catatan pendakwah Hindu Gujerat, Prof Nik Hassan, Tom Harrison, H.G. Quatrich Wales dan juga ada menyebut Nabi Muhammad S.A.W dan isterinya Siti Khadijah.
Berdasarkan kajiannya, nama Tanah Melayu tidak ujud sebelum British tiba dan menguasai Semenanjung itu pada kurun ke-19 masihi. Sebelum itu kawasan tersebut hanya dikenali sebagai Mallacca sekitar kurun ke-15.
Sebuah catatan dan tulisan terawal iaitu Sejarah Melayu, yang mencatat semua tempat dari China hingga ke India termasuk negeri kecil seperti Temasik, tetapi tidak pernah menyebut Tanah Melayu. Penulis bertanya, kenapa?
Jawapannya mudah sahaja kerana nama itu belum ujud! Tanah Melayu tidak pernah dikenali sebagai Tanah Melayu sehingga British menjajah kawasan tersebut.
Malaya dalam bahasa Tagalog bermakna "aman". Malai dalam bahasa Tamil pula bermakna "bukit" seperti panggilan peniaga-peniaga Gujerat yang juga pendakwah Hindu terhadap banjaran Titiwangsa sebagai "mini-Himalaya" ketika mencari tempat membina kuil Hindu di kawasan itu pada kurun ke-2 masihi.
Tiada satu catatan sejarah sebelum kurun ke19 yang mengenali kawasan itu sebagai Tanah Melayu.
Sebelum kedatangan Parameswara pada kurun ke -10, tanah semenanjung dikenali sebagai Barr Kra (Ada kaitan dengan Segenting Kra?). Barr dalam bahasa Parsi bermaksud tanah.
Sebelum Barr Kra, semenanjung dikenali sebagai "Golden Chersonese" iaitu nama purba yang merujuk kepada semenanjung itu oleh Ptolemy, seorang ahli falsafah Greek yang juga seorang ahli astronomi dan ahli geografi.
Di Zaman kegemilangan Rom, Golden Chersonese ialah kawasan yang tersohor sebagai kawasan yang kaya dengan emas sehingga mendapat jolokan nama itu.
Namun apa yang menarik sekali ialah rujukan penulis terhadap peta Arab lama yang merujuk tanah semenanjung sebagai Barr Chin atau Barr Xin. Berdasarkan rekod pedagang-pedagang Arab telah ujud usaha melombong emas di negeri Barr Chin 500 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Apakah tulisan Micheal Chick itu benar-benar berdasar fakta sejarah ilmiah? Atau mungkinkah catatan itu hanya satu propoganda yang bertujuan membangkitkan semangat kaum China menuntut hak mereka keatas negara yang memang asalnya TANAH CHINA!
Saya juga tertanya-tanya kenapa nama laut yang mengelilingi tanah Semenanjung Tanah Melayu dipanggil Laut China Selatan bukan Laut Melayu???
Sumber: Musli Oli
Sekarang ini pelbagai usaha menafikan hak orang Melayu sebagai Bumiputera. Disebalik ini semua adalah ekonomi atau kasar cakap, tembolok para kapitalis Cina yang didalangi Lee Kuan Yew dan PAP.
Mereka ini lebih sedia mengaku Stamford Raffles yang tak suka makan durian sebagai pengasas Singapura. Tak mahu mereka hebahkan Sang Nila Utama membuka Singapura. Sejarah Singapura diubah bermula dari Raffles. Sekolah Melayu Sang Nila Utama pun sudah tutup.
Semasa Lee Kuan Yew adalah ahli Parlimen Dewan Rakyat Malaysia, dia ada mempertikaikan Melayu sebagai Bumiputera dalam satu perbahasan pada tahun 1965. Katanya orang Asli adalah orang asal.
Sampai hari ini, orang Asli terus diguna dan dimainkan. Puak DAP atas usaha YB Pastor Dato Ngeh Koo Ham membiayai satu NGO bernama CARE. Bila pula orang Cina peduli pasal nasib orang Asli selama ini?
Hanya baru2 ini saja untuk dapatkan saham dan legitimasi politik. Yang kudakan orang Asli banyak orang Cina juga.
Akhir kata, baik orang Melayu mahupun orang Asli dan lebih 60 puak2 di Sabah dan Sarawak adalah Bumiputera, sebelum pendatang beramai2 dari China dan India.
Dari segi anthropologi, orang Asli ada yang asal Melayu tetapi tidak jadi coastal Malay kerana masuk pendalaman. Ingat cerita Si Tanggang?
Satu lagi adalah fenomena dimana terdapat puak kecil native dimana2 negara. Mereka ini tidak membina tamadun. Pertemuan Perak Man menafikan teori orang Asli saja yang orang asal.
Dengan dibiayai PAP Singapura melalui ISEAS Singapura, Michael Chick menulis menafikan orang Melayu Semenanjung berasal dari Semenanjung tapi dari Pulau2 Indonesia datang ke mari. Padanya orang Cina pun dah ada.
Fakta Barr Chin terbaru ini adalah usaha berterusan menafikan Melayu itu Bumiputera. Malah ada blog seperti WTF Malaysia Government yang didedikasikan untuk tujuan ini dan nampaknya pro Israel. Baca sini tapi jangan promosi.
Baru-baru ini penulis Helen Ting pun seangkatan mahu menafikan sejarah Melayu di negeri tumpah darah Melayu. Article ia di Malaysiakini sini dan sini ada di laman institiut rasis tersohor, Lim Teck Ghee di Centre of Policy Initiative (CPI atau lebih tepat ... CIPAI!)..
Blog Dari Kacamata Melayu ada banyak membahaskan isu2 Melayu sebagai orang asal dan orang Asli. Cari dalam carian sini dan baca supaya senang berdebat.
Ingatlah penafian hak sejarah Melayu di atas tanahnya adalah propaganda Barat dan Cina untuk ambilalih negara yang strategik kedudukan dan di idam-idamkan beratus2 tahun.
No comments:
Post a Comment