Penulis telah meringkaskan intipati utama tulisan Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam Utusan Malaysia yang sebenarnya baik untuk tatapan pembaca. Penulis kira perkara ini sudah berlaku di negara ini. Eloklah rakyat Malaysia menilai ditahap mana sekarang.
Demikianlah yang telah terjadi sejak zaman berzaman dalam sejarah pengambilalihan sesebuah negara, masyarakat dan institusi iaitu melalui operasi perang psikologi. Ia sebenarnya telah berulang kali berlaku di mana-mana.
Pertama - Penjajahan melalui perang psikologi dengan mempengaruhi pemikiran penduduk sesebuah negara bahawa kehidupan mereka sedang diganggu bibit kecelaruan, ketidakteraturan dan keganasan di dalam negara.
Matlamat supaya rakyat rasa tidak selamat.
Kedua - melemahkan keupayaan kuasa mengawal pemerintah yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyatnya untuk memerintah. Pemerintah diberi persepsi buruk walau sedaya upaya melakukan kebaikan untuk rakyatnya.
Matlamat supaya pemerintah sentiasa serba salah dan menjadi lemah.
Ketiga- Mencabar Perlembagaan dan undang-undang bertulis negara termasuk pihak yang menjadi penjaga institusi itu seperti badan kehakiman, pasukan penjaga keamanan, jentera pentadbiran dan institusi pembuat Perlembagaan dan perundangan seperti dalam konteks Malaysia adalah Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Matlamatnya hancurkan kredibiliti.
Keempat - Semaikan rasa takut bertindak kepada setiap anggota pasukan keamanan. Polis akan takut bertindak terhadap penjenayah, menangkap mereka yang melakukan kesalahan.
Matlamatnya pasukan keselamatan merasa serba salah untuk bertindak.
Kelima- Provokasi terhadap pemerintah supaya pemerintah bertindak balas dengan keras. Apabila tindakan keras diambil, pasukan keselamatan enggan mempertahankannya, institusi yang lemah dan jentera institusi yang tidak lagi memihak pemerintah menjurus kepada satu keadaan anarki.
Ketika itulah propaganda besar-besaran akan dilancarkan supaya kuasa alternatif dicari dan diberi kuasa.
Oleh kerana ia berlaku dengan sangat beransur-ansur dan secara tidak dirasai oleh rakyat, maka banyak kuasa dan kerajaan jatuh kerananya.
Sumber: Mesej JJ, Ogos 114hb 2010
No comments:
Post a Comment