Friday, September 3, 2010

Tahap pergaulan umat Islam perlu diperkuat: KM





Golongan bijak pandai perlu bergaul dengan masyarakat

MIRI: Semangat kejiranan dan pergaulan yang dititikeratkan oleh umat Islam sebelum ini hendaklah dihidupkan dan diteruskan oleh masyarakat Islam zaman teknologi sekarang.Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tahap pergaulan di antara umat Islam sekarang perlu diperkuatkan agar nilai-nilai ajaran Islam yang diamalkan tidak luntur akibat pengaruh dan perubahan hidup moden.

“Saya bercadang untuk mengembalikan umat Islam kita bercampur gaul semula. Kita tidak akan muncul menjadi manusia yang lengkap, bijak, pandai yang sedar dengan keadaan masyarakat kita, melainkan dengan bercampur gaul.”

“Golongan bijak pandai perlu bercampur dan ber-kongsi kepandaian dengan orang lain agar kita tahu bagaimana menggunakan kepandaian dan seterusnya menjadi amalan dan prak-tikal.

“Inilah satu perkara yang penting dalam dunia sekarang ini di mana masyarakat Islam sekarang menempuh banyak perubahan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Nuzul Al-Quran peringkat negeri Sarawak di masjid At Taqwa malam kelmarin.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sara-wak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Taib menggalakkan masya-rakat di bandar khasnya di kawasan perumahan untuk menggarap cara hidup orang kampung yang mesra dan penuh tradisi.

Bagaimanapun cara hidup sebenar orang kampung telah semakin hilang kerana tidak dipertahankan sepenuhnya oleh generasi baru.

“Hari ini, bila kita berpindah dari rumah tradisional atau dari rumah ibu bapa kita ke estet perumahan, kita tidak mengenali jiran sebelah rumah kita.

Kita seperti orang yang telah ditutup mata. Tidak dapat melihat nilai-nilai Islam yang perlu kita amal dalam cara hidup kita. Hanya menonton tv bila di rumah dan keluar rumah dengan kereta tanpa menegur orang lain.

Kawan pula tinggal jauh dari tempat tinggal kita. Ini adalah sikap kurang sihat. Oleh itu saya menggalakkan mereka yang tinggal di kawasan perumahan untuk bergaul semasa mereka,” jelasnya.

Menurut Taib, dengan wujudnya komunikasi yang rapat sesama jiran memboleh-kan mereka membincangkan dan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka khasnya dalam menangani gejala sosial.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama Majlis Islam Sarawak untuk mencari jalan dan usaha baru yang boleh merapatkan hubungan, pergaulan dan perpaduan umat Islam di negeri ini

“Saya berharap agar soal-soal kejiranan ini dapat dibuat dalam buku kecil yang boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat kita,” jelasnya.

Terdahulu, Taib mahu pengetahuan generasi muda terhadap ilmu Al Quran dan ajaran agama Islam diper-tingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau berpuas hati kerana ramai belia Islam sekarang rajin menimba ilmu yang ditawarkan secara meluas kepada mereka yang dapat membangun keupayaan masyarakat Islam secara menyeluruh.

“Yang lebih baik lagi ialah mempertebalkan keyakinan anak-anak kita dengan memberi fahaman Islam dengan lebih luas dan dalam lagi.

Kita tidak dapat mempertahankan kebaikan masyarakat kita dengan hanya me-nyatakan semua perkara adalah negatif.

Ini kerana anak kita sekarang ini lebih pandai dan banyak pengetahuan, kalau kita ada sikap semua dilarang, maka mereka tidak akan percaya dengan kita. Sebab itu satu program beransur-ansur untuk menambah fahaman mereka amat perlu,” jelasnya.

Tanggungjawab ibu bapa sebagai pemerhati dan pembimbing juga penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak menerima kesan negatif pengaruh media dan teknologi sekarang.

No comments:

Post a Comment