Tuesday, September 28, 2010

Pelayan GRO Di Pulau Pinang - 'Underworld' & Di mana Guan Eng ?


MIM TEAM
Kejayaan pihak polis menyelamatkan warganegara Vietnam berusia 16 dan 17 tahun yang terjebak dalam kegiatan GRO di sebuah pusat karaoke di Jalan Tanjung Tokong, Pulau Pinang telah menimbulkan satu persoalan asas iaitu apakah Lim Guan Eng dan exco-exconya tidak peka dengan kegiatan haram yang berlaku di Pulau Pinang ini?

Utusan Malaysia juga melaporkan bahawa selain daripada 2 gadis bawah umur itu, seramai 48 GRO warga asing iaitu 29 orang dari China dan 19 dari Vietnam dan seorang wanita warga China yang dipercayai ibu ayam turut di tahan pihak polis.

Dan yang mengukuhkan lagi persoalan sama ada Lim Guan Eng peka atau tidak, lesen premis pusat karaoke itu telah tamat tempoh sejak 8hb Jun 2010. Kenapakah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak memantau isu ini? Kenapa Lim Guan Eng membiarkan sahaja aktiviti haram ini bermaharajalela tanpa tindakan yang sewajarnya?

Apakah kelonggaran yang diberikan ada kena mengena dengan dakwaan yang mengaitkan DAP dengan underworld dan kongsi gelap seperti di negeri Selangor? Apakah berlaku juga di Pulau Pinang?

Kemungkinan-kemungkinan itu sangat sukar untuk dibuktikan dan juga dinafikan. Tetapi adalah lebih senang untuk menafikannya walau pun terdapat petunjuk-petunjuk yang mejuruskan kepada perkaitan tersebut.
Di manakah kerajaan Lim Guan Eng DAP mendapatkan dana untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti populis beliau sedangkan kerajaan negeri tidak berupaya menjana kewangan dengan cekap? Siapakah penyumbang-penyumbang swasta dan persendirian tersebut?
Rakan blogger, Pisau.net mendakwa bahawa wujudnya perkaitan tersebut. Tambah beliau lagi :-

Sumbangan diberikan oleh kongsi gelap dan tauke judi , DAP seringkali dikaitkan dengan underworld seperti mana Ronnie Liew yang menjadi caretaker kongsi gelap di Selangor.Justeru adalah tidak mengejutkan sekarang ini di Pulau Pinang bercambah pusat maksiat bagaikan tumbuh selepas hujan kerana mendapat sokongan kerajaan DAP . Adalah menjadi amalan biasa buat DAP menerima sumbangan daripada kongsi gelap atau pun hasil judi haram.
Dan dimanakah kelibat exco-exco orang PKR Islam negeri Pulau Pinang? Tidur ?

novandri.blogspot.com

No comments:

Post a Comment