Wednesday, September 29, 2010

Perkauman Kit Siang jelas


Lim Kit Siang
bigdogdotcom.wordpress.com
Pengerusi Chauvinis Cina DAP Lim Kit Siang memnunjukan jelas mengenai sifat dan sikap perkauman menebal beliau dan parti yang dipimpin semenjak 1967 ini. Dalam perkembangan terbaru, Kit Siang mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Md Yassin untuk memecat dua orang pengetua (satu di Johor dan satu di Kedah) atas dakwaan mengamalkan perkauman di sekolah.
Sebelum ini Muhyiddin menjelaskan bahawa apa apa tindakan keatas pegawai Kerajaan terutama gred N48 keatas, perlu menurut saluran dan proses sebagaimana termaktub dalam perintah am perkhidmatan awam dan walaupun sebagai Menteri Pelajaran, beliau tidak mempunyai kuasa untuk memecat mana mana pegawai terutama peringkat tinggi sesuka hati. Pegawai perkhidamatan awam termasuk perkhidmatan pelajaran mempunyai hak sebagaimana kakitangan awam lain
.
Oleh kerana Lim masih lagi meneruskan desakan sebagai modal politik tanpa mengambil peraturan dan tatacara perkhidmatan awam telah membuat Muhyiddin mengambil kedudukan untuk membidas polemik yang sengaja dibangkitkan ini:

Muhyiddin cabar Kit Siang tunjuk bukti

MUAR 25 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua dan seorang guru sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.
Tegasnya, berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan, kuasa tersebut terletak di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) kerana kedua-dua individu tersebut adalah pegawai kerajaan berjawatan tetap DG48.
“Saya cabar Kit Siang membuktikan ikut undang-undang mana atau peruntukan mana yang membolehkan menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai kementerian.
“Lim Kit Siang tolonglah, fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan Pagoh 2010 anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Kit Siang bahawa Muhyiddin enggan menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.
Muhyiddin berkata, berdasarkan peraturan, terdapat prosedur tertentu yang perlu dijalankan seperti proses siasatan, menentukan kes, memberi surat tunjuk sebab, memberi ruang untuk menjawab sebelum menjatuhkan hukuman dan proses rayuan berhubung kesalahan disiplin oleh kakitangan awam.
“Kita mesti bertindak adil dan mengikut undang-undang, saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya,” katanya.
Muhyiddin berkata, tindakan yang diambilnya itu adalah berlainan dengan sikap emosional dan politik Kit Siang.
“Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran,” katanya sambil menambah pemimpin pembangkang itu hanya mahu menarik sokongan golongan tertentu.
Beliau berkata, sebarang keputusan perlu mengikut undang-undang dan bukan bersifat politik serta sama sekali tidak berkaitan dengan perkauman.
****************
Amat jelas polemik yang dimainkan Lim seolah olah Kerajaan enggan mengambil tindakan keatas penjawat awam dikalangan orang Melayu yang didakwa mengamalkan perkauman namun belum disiasat dan diberikan keseluruhan proses untuk pengadilan ini bertujuan untuk menabur dan menyemai perasaan perkauman terhadap kakitangan Kerajaan dalam rancangan strategik ‘politik kebencian’ Pembangkang.
Ini amat berbeza dalam kes dimana empat orang belia keturunan Cina yang mengaku menyimbah cat ke sebuah surau di Seremban. Lim tidak pula mengambil ketetapan atas nada yang sama agar tindakan tegas diambil keatas empat orang ini terutama setelah mereka ibu bapa mereka memohon maaf.
DAP tidak pula mengencam dan mendesak agar tindakan berat dimambil keatas empat belia ini sebaliknya mengambil kedudukan membisu atas insiden yang amat sensitif ini.
DAP dan pemimpin seperti Lim memang sengaja memperkudakan termasuk memanipulasikan sepenuhnya mana mana peluang untuk menganyang pemimpin dan pegawai dikalangan orang Melayuterutama pihak penguat kuasa seperti Polis, SPRM dan sebagainya tanpa mengambil kira apa apa proses untuk pertimbangan tatacara untuk tindakan diambil tetapi mengamalkan sikap dan kedudukan amat berbeza keatas perbuatan Bukan Melayu, terutama keturunan Cina. Jelas dalam kes simbah cat ini,  ianya perbuatan yang  jauh lebih buruk dan secara automatiknya amat mudah menjadi penyebab konflik antara kaum dan kepercayaan.

1 comment:

  1. LKS NI SEGALA GALANYA BABI ! MUKA MACAM BABI, PERANGAI MACAM BABI, CAKAP MACAM BABI, PENDEK KATA SEMUALAH, SEBAB TU DARI DULU SAMPAI SEKARANG KERJA DIA NAK SONDOL JE.

    AKU HARAP BANYAK MENTERI KITA YANG MACAM MAHYUDIN, TAPI BUKAN YANG MACAM NAZRI.

    TUJUAN LKS DARI DULU SAMPAI SEKARANG HANYA SATU SAHAJA , NAK JATUHKAN KERAJAAN YANG DIDOMINASI MELAYU.

    MELAYU, TAK KIRA UMNO, PAS, PKR, DAP , GERAKAN, PPP, DAN LAIN LAIN PARTI MAU INGAT ITU. MELAYU JANGAN JADI BARUAH PADA KAUM LAIN

    KALAU LKS SURUH GUNA KUASA MENTERI UNTUK AMBIL TINDAKAN KEPADA DUA PENGETUA MELAYU INI, AKU DESAK MENTERI KDN SI MULUT LEBAR GUNA KUASA MENTERI TAHAN NEMEWE DAN SPESIS SPESIS SEPERTINYA. ITU DUA LOYA BOHONG TERUS SUMBAT ATAU GANTUNG JE .. ADA BERANI???

    Aku memang Melayu Racis

    ReplyDelete