Monday, September 6, 2010

PEMBANGKANG TIDAK SENSITIF TERHADAP RAKYAT SARAWAK

Tindakan DAP yang tidak membantah hasrat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Ching Peng kembali ke Malaysia menggambarkan rakan seperjuangannya PKR dan PAS tidak sensitif dengan kesusahan yang pernah dirasai rakyat Sarawak ketika era keganasan komunis.



Dalam isu ini, DAP termasuk ahli-ahli yang terdiri daripada kaum Dayak yang merupakan ahli DAP hanya mendiamkan diri berhubung keinginan Ching Peng kembali ke Malaysia. Tindakan mereka ini boleh digambarkan sebagai menghina kesengsaraan rakyat Sarawak pada era keganasan komunis sebelum ini.

Pada ketika era komunis, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) dengan kerjasama PKM sering mengganggu hidup orang Iban di kawasan ulu sungai sehingga menyebabkan banyak kematian.

Sebelum ini, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa BN memenangi PRK N.29 Batang Air pada tahun lepas disebabkan oleh kaum Iban masih memakai cawat jelas menunjukkan parti pembangkang memandang rendah terhadap rakyat Sarawak.

Sehingga kini, tiada penduduk Sarawak yang masih memakai cawat ketika ini. Tanggapan pembangkang ternyata telah mengguris hati penduduk Sarawak. Oleh yang demikian, rakyat Sarawak perlu menolak parti pembangkang ini yang hanya mahu merosakkan perpaduan rakyat Sarawak.


cetusankenyalang.blogspot.com ahad 29/8/2010

No comments:

Post a Comment