Wednesday, September 29, 2010

Pembangunan SCORE akan mengatasi kekurangan populasi Wilayah Tengah

fullban-home 




KUCHING: Pembangunan Koridor Tenaga Diperbaha-rui Sarawak (SCORE) di Wilayah Tengah negeri ini diyakini akan mengatasi masalah kekurangan populasi yang ketara di zon berkenaan.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata bahagian Sibu misalnya suatu ketika dulu terkenal sebagai nadi kepada industri-industri pembalakan di negeri ini, kini mengalami kekurangan populasi yang ketara berbanding bandar-bandar lain di negeri ini.
Menurutnya ramai penduduk dari bahagian Sibu berhijrah ke bandar-bandar utama seperti Kuching, Miri dan Bintulu memandangkan bandar-bandar itu memiliki tarikan ekonomi sedia ada.
Situasi itu katanya menye-babkan tiga bandar utama tersebut padat populasinya sedangkan Sibu yang merupakan sebahagian daripada zon pembangunan SCORE meng-alami masalah kekurangan penduduk.
“Perkara ini mesti diatasi kerana SCORE terletak di kawasan yang luasnya hampir satu pertiga daripada keluasan negeri ini, kira-kira 70,000 kilometer persegi bermula dari Tanjung Manis hingga ke Samalaju, Bintulu dan Sibu terangkum di dalamnya.

“Masalahnya sekarang SCORE meliputi kawasan yang mengalami penghijrahan keluar ketara penduduknya sedangkan apabila ia berope-rasi sepenuhnya menjelang 2030 nanti ia memerlu-kan sekurangnya-kurangnya 640,000 pekerjaan sedangkan sekarang di kawasan SCORE hanya didiami lebih 600,000 penduduk,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis pelancaran majalah ‘Malaysian Corridor’ terbitan Corridor Development Corporation Berhad (CDCB) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Taib dalam pada itu yakin SCORE meskipun dibangunkan di kawasan yang sedang berdepan masalah kekurangan populasi akibat penghijrahan keluar penduduknya ke kawasan lain akan membangun sebagai jentera terhebat yang akan membawa corak pembangunan ekonomi baru di negeri ini khasnya dan negara amnya.
Pembangunan seperti itu katanya perlu dalam usaha kerajaan negeri membuat penentuan terakhir kepada pelan pembangunan Sarawak dengan mewujudkan zon yang kehilangan atau kekurangan populasi memperoleh semula penduduk.
“Kita mengakui dari awal lagi bahawa tiada satu pun doktrin ekonomi dapat me-majukan kawasan yang terpencil yang didiami kurang daripada 5,000 penduduk, sebab itu kerajaan negeri cuba membentuk wilayah yang membolehkan rakyat mewujudkan zon penting kepada usaha-usaha pembangunan terutama di kawasan pedalaman,” katanya.
Menurut beliau bagi memastikan semua penduduk negeri ini menikmati kekayaan serta kemakmuran sama rata, masalah penempatan terpencil perlu diatasi terlebih dahulu.
Taib memberitahu di Sara-wak terdapat lebih 5,000 pe-nempatan yang 60 peratus daripadanya didiami kurang daripada 50 keluarga menyebabkan usaha-usaha pembangunan di kawasan terbabit amat sukar dilaksanakan.
Justeru ujarnya, usaha membentuk bandar kedua dimulakan dan bandar baru itu menggalakkan rakyat berkumpul seterusnya mewujudkan pusat perkhidmatan serta perniagaan melibatkan penyertaan orang ramai dan pada masa sama menyuburkan idea baru yang boleh membawa banyak perubahan moden dalam ekonomi Sarawak.
“SCORE adalah usaha kita untuk mewujudkan bandar-bandar baru atau kedua ini,” tambahnya.
Mengulas lanjut mengenai SCORE beliau berkata projek pembangunan yang berterusan dengan membabitkan industri berat serta hiliran berasaskan industri keluli, industri berkaitan marin dan pertanian serta bioteknologi juga pengeluaran produk makanan halal yang menepati standard antarabangsa.
SCORE juga katanya tidak hanya akan menjadi pusat pembangunan industri berat yang merupakan intensif penggunaan tenaga tetapi tumpuan orang ramai untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik.
“Rakyat perlu memberi maklum balas kepada perubahan (ekonomi) kerana mereka yang peka kepada perubahan akan lebih mudah mendapat peluang untuk lebih maju berbanding mereka yang hanya menanti peluang datang sendiri,” tegasnya.
Mengenai pelancaran majalah ‘Malaysian Corridor’ Taib berkata ia akan membantu mempromosikan SCORE sebagai pusat industri berat terutamanya peleburan aluminium yang dilihat masih baru di negeri ini kepada pelabur-pelabur asing melabur agar melabur dalam industri berkenaan.
“Terima kasih kepada ‘Malaysian Corridor’ kerana melebarkan sayapnya ke Sarawak dengan memberi paparan khas mengenai SCORE yang membolehkan pelan pembangunannya dihebahkan dengan lebih luas.
“Selain syarat utama pembangunan SCORE dan lebih banyak maklumat mengenai koridor pembangunan ini dapat disebarkan,  dengan itu akan lebih banyak pelabur asing berminat, lebih banyak rundingan diadakan dengan syarikat gergasi dan lebih banyak kerjasama akan dijalinkan pada masa depan,” ujarnya.
Edisi keempat majalah tersebut yang bakal diterbitkan Oktober ini akan memaparkan projek pembangunan SCORE dalam usaha mempromosikan lagi koridor yang disifatkan paling berjaya antara lima koridor yang dibangunkan di seluruh negara.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Micheal Manyin dan Pengerusi Kumpulan CDC Datuk Muhammed Kasim.

1 comment:

  1. aku suka kempen politik jenis macam ni.. kempen yg membina.. menerangkan kemampuan BN utk membela rakyat

    ReplyDelete