Friday, September 24, 2010

Pertandingan Facebook PBB bermula

 September 23, 2010, Thursday

KUCHING: Pertandingan Facebook PBB telah pun bermula dengan majlis penyampaian anugerah dijangka akan dilakukan pada akhir bulan Oktober ataupun awal bulan November.
Ahli Biro Penerangan Pergerakan Pemuda Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf berkata semua cawangan parti digalakkan turut serta dalam pertandingan ini kerana, antara lain, ia bertujuan membantu parti mengekal-kan kesemua kerusi parti dalam pilihan raya akan datang.
“Sebenarnya pertan-dingan ini adalah untuk membantu cawangan-cawangan parti bersedia untuk pilihan raya yang akan datang dalam penggunaan platform media sosial.

“Sekiranya sebelum ini kita hanya fokus dunia sebenar dalam kempen kita, untuk pilihan raya yang akan datang, parti berkehendakkan ahli-ahli parti aktif berkempen dalam dunia siber.
“Salah satu platform yang kita boleh guna untuk berkempen di dunia siber ialah Facebook kerana ia menyediakan jaringan sosial yang luas dengan rakyat yang menjadi pengguna kepada media sosial ini,” kata Aziz ketika dite-mui semalam.
Pertandingan yang selanjutnya, yang juga untuk tempoh tiga bulan, akan bermula pada bulan November akan datang.
Untuk mendaftar me-nyertai pertandingan ini, cawangan-cawangan hanya perlu menjadikan UMB PBB Facebook sebagai rakan.
Untuk sebarang pertanyaan, Aziz boleh dihubungi di abangabdulaziz@gmail.com ataupun menghu-bungi UMB PBB dalam Facebook.

1 comment:

  1. Pemuda Lembah RajangSeptember 24, 2010 at 1:38 AM

    Tuan ,
    apa yang harus di pertingkatkan dalam Facebook ya
    adakah jumlah ahlinya kah
    atau maklumat isu semasa
    atau aktiviti tiap2 cawangan

    ReplyDelete