Saturday, September 18, 2010

Anwar Ibrahim dan PKR berpura-pura demokrasi/keadilan tetapi sebenarnya diktator dan parti milik peribadi

Siapakah 'Musuh Parti' dalam PKR?
'
Sep 14, 2010


Saya tidak perlu dibiayai oleh Soh Chee Wen ataupun orang lain. Lagipun jawatan Timbalan itu  sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor Dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada lah banyak kuasa sangat.
Apa lagi dalam Keadilan, Nombor Satu pun tak ada kuasa seperti Ketua Umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan Nombor Dua ini.
Pemilihan pemimpin parti ini adalah yang pertama untuk PKR, dan juga yang sulung di Malaysia. Ini satu kesempatan untuk membuktikan bahawa parti ini mampu melangsungkan pemilihan demokratik di dalam PKR, terutamanya apabila pemilihan ini akan diadakan di bawah pengawasan seluruh negara. Biarlah proses pencalonan dan pemilihan parti ini dilangsungkan secara satu ‘friendly contest’ dan yang kita sebagai satu parti mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR adalah parti yang matang dan progresif.

No comments:

Post a Comment