Tuesday, September 7, 2010

Apakah Nik Aziz ada had untuk perkudakan Islam semata mata politik?




Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan MP DAP bagi Serdang Teo Nie Ching yang masuk kedalam Surau Al Huda, Kajang Sentral Ahad lepas tanpa menjaga adab menutup aurat dengan sempurna, sebagaimana protokol biasa wanita untuk masuk kedalam kawasan rumah ibadat Islam itu. Nik Aziz juga mempertahankan tindakan Teo yang memberikan ucapan/ceramah dalam kapasiti beliau sebagai seorang politikus DAP, satu parti Cina Chauvinis dan bersifat anti-Islam.

Laporan Bernama.com:

Isu tazkirah dalam surau: Nik Aziz pertahan Teo

28/08/2010 10:28pm

KOTA BHARU 28 Ogos — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut. — Bernama

*************

Kenyataan Nik Aziz ini memang terbukti beliau sanggup memperkudakan Islam semata mata kepentingan politik sempit. Semenjak PRU 12, PAS mengambil strategi untuk memenangi hati pengundi Bukan Islam untuk menentukan mereka akan mula mendapat sokongan dalam kawasan yang pengundi majoriti Melayunya tipis dan kekal relevan dengan parti sekular PKR dan anti-Melayu/Islam Chauvinis Cina DAP dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz in a Chinese Chauvinists anti-Islam/Malay DAP function with Lim Kit Siang

PAS bercita cita untuk mengembangkan pengaruh politik dan kedudukan dalam kawasan yang bukan tradisi majoriti Melayu (Malay Heartland) dan lebih progressif dan sofisktikated, seperti Selangor dan Lembah Klang. PAS juga ingin memperkukuhkan dalam kawasan dimana kuasa Pakatan Rakyat adalah memihak kepada undi Bukan Melayu, terutama Cina seperti Perak dan Pulau Pinang.

Oleh demikian, PAS telah ‘mengliberalkan’ kedudukan natijah ‘Perjuangan Berlandaskan Al Quran dan Hadith’, semata mata memenuhi kepentingan politik. Ini termasuk memberikan ‘pengesahan’ (endorsement) kepada elemen anti-Melayu rantau ini, PAP dan ketua mereka Lee Kuan Yew yang semenjak 47 tahun dahulu, sebagai minoriti cuba mendominasi majoriti.

Nik Aziz a 'thumbs up' endorsement to anti-Malay/Islam Singaporean Supremo Lee Kuan Yew

Semasa Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor, Tuanku Sultan Selangor menitahkan bahawa semua surau dan masjid adalah dilarang untuk dijadikan medan atau platform politik. Nik Aziz memberikan reaksi yang mengingkari secara memomokan titah Tuanku Sultan Selangor ini. Ketetapan Nik Aziz dalam pusingan ini jelas menunjukan beliau secara halus mengingkari titah murka Tuanku Sultan Selangor.

Dalam isu ‘Kalimah Allah’, pandangan Nik Aziz bahawa tidak salah menggunakanya bagi gantinama Tuhan. Tuanku Sultan Selangor juga menitahkan kemurkaan baginda mengenai isu ini.

Seorang ulama yang gagal menurut titah perintah seorang Pemerintah atau Khalifah (dalam isu ini Tuanku Sultan dimana Perlembangaan mendukung baginda mempunyai kuasa mutlak atas isu agama) menunjukan bahawa beliau adalah seorang yang tidak hormat pada sistem pentadbiran dan ini membelakangkan prinsip Islam. Ini lebih lebih lagi baginda Tuanku Sultan merupakan seorang Islam dan mengingkari perintah Tuanku Sultan adalah perbuatan ‘kurang ajar’.

Islam tidak pernah menggalakan umatnya untuk ‘kurang ajar’ kepada Pemerintah, selagi beliau tidak zalim dan mengancam perkembangan Islam. Islam juga tidak memperuntukan agar agama Allah ini boleh dijadikan modal dan dimanipulasikan semata mata kepentingan politik.

Kenyataan Karpal Singh pada 18 Oktober 1990, sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia

Sebagai Murshidul Am PAS, kini Nik Aziz telah meng’halal’kan kedudukan parti yang kunun kunun “atas dasar dan prinsip Islam” itu membelakangkan perjuangan ‘Menegakan negara Islam’ dan ‘Melaksanakan hukum Hudud’ dan kompromi ini adalah semata mata kerjasama dengan parti sekular PKR dan anti-Islam seperti DAP. Menjaga hati anti-Islam seperti DAP dan meletakan PAS sebagai parti yang boleh diterima masyarakat Bukan Melayu terutama etnik Cina adalah lagi utama.

Nik Aziz menyokong dan meng’halal’kan usaha sumbang-sastera yang ramai anggap mengecewakan bagi seorang Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dengan buku ‘Shit’ pada tahun 1999, sehingga MB Kelantan itu tergamak menyebut “Allah pun mencarut”. Kemudian kerjasama dengan DAP yang ternyata anti-Melayu dan anti-Islam di’halal’kan dengan kenyataan “Boleh berkerjasama dengan syaitan”.

Amat malang bagi orang Melayu kerana ada segelintir yang masih menerima bahawa Nik Aziz merupakan seorang ‘ulama’, walaupun ketetapan beliau merupakan atas pertimbangan politik yang dimanipulasikan dengan kefahamansdan intepretasi sempit ugama Islam. Nik Aziz merupakan antara penyumbang terbesar perpecahan Melayu, 20 tahun kebelakangan ini. Perpecahan ini diburukan lagi apabila Nik Aziz memperkudakan sepenuhnya peluang untuk menyemai ‘politik kebencian’ dan ‘politik keyakinan palsu’, yang timbul setelah Anwar “Mat King Leather” Ibrahim dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998.

*Perkembangan dikemas kini 1800hrs
Published in:

* Disobedient and ungrateful Malaysians

on August 29, 2010 at 12:00 Comments (23) bigdogdotcom.worpress

No comments:

Post a Comment