Tuesday, September 7, 2010

SUPP kemuka tiga tuntutan - DAP/SUPP tuntut, tuntut dan tuntut...apakah sumbangan mereka kepada kesatuan dan keutuhan negara/negri selama ini?






fullban-home

Agihan ekonomi yang adil penting bagi memastikan masyarakat Cina terus memberi sumbangan dan bukan cari peluang di luar negara: Dr Chan

DR CHAN

DR CHAN

MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mendedahkan terdapat tiga tuntutan yang dimahukan atau kehendak oleh masyarakat Cina di negeri ini, selaras dengan konsep 1Malaysia.

Beliau memberitahu masyarakat Cina tidak meminta banyak tetapi cukup tiga tuntutan mereka dipenuhi iaitu peluang perniagaan yang diberikan sama rata tanpa mengira kaum, sistem pendidikan dan taraf hidup yang lebih baik.

Dr Chan memberitahu masyarakat Cina di negeri ini mahu memastikan bahawa terdapat agihan ekonomi yang adil dan bukannya dikuasai oleh pihak tertentu.

“Di bawah konsep 1Malaysia, peluang perniagaan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum kerana jika masyarakat Cina tidak diberi ruang maka mereka akan mencari peluang lain di luar negara,” katanya.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah tindakan sedemikian bukan sahaja akan merugikan kerajaan malahan sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan akan terus lesap.

“Kehendak masyarakat Cina supaya peluang perniagaan diberikan sama rata perlu dipertimbangkan kerana jika golongan itu mencari peluang di luar maka hasrat untuk mencapai status negara maju tidak akan tercapai,” katanya.

Dr Chan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian dalam majlis makan malam ulang tahun ke-85 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) di Hotel Imperial Miri, malam kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, masyarakat Cina di Sarawak kini semakin lantang dan berani menyuarakan tuntutan, masalah dan isu yang tidak menyenangkan hati mereka.

“Sekiranya mereka mempunyai masalah, kemukakan terus kepada kita supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dan jangan hanya pandai mengangkat nama semata-mata demi kepentingan sendiri,” katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai intipati yang memberi keadilan sama rata tanpa mengira kaum dan agama.

“Tiada hak keistimewaan yang diberikan dalam konsep 1Malaysia kerana ia adalah konsep yang adil dan saksama kepada semua kaum walaupun ada individu tertentu suka mengangkat nama untuk mendapatkan hak keistimewaan,” tambahnya.

Dr Chan memberitahu, ia bukan masanya lagi untuk golongan itu mengangkatkan nama demi untuk mendapatkan hak istimewa sebaliknya sekarang adalah masa untuk semua pihak diberi peluang sama rata.

Hadir sama ialah Presiden DCCI, Dato Sim Hock Guan, Presiden DCCI Malaysia, Tan Sri William Cheng Heng Jem, Menteri Muda Komunikasi dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Datuk Aidan Wing.

1 comment:

  1. Apa lagi tuntutan mereka ini? Sebelum ini DAP menuntut 10 perkara semuanya untuk kepentingan kaun Cina. Sekarang SUPP pun minta 3 perkara semuanya untuk kepentingan kaum Cina? Lupakah mereka ada kaum Bidayuh, Iban dan banyak lagi di Sarawak ini. Kenapa tak minta sekolah untuk kaum lain asyik sekolah orang Cina?

    ReplyDelete