Tuesday, September 21, 2010

Dua negara sengaja dilaga - Mukhriz


LEDANG 6 Sept. - Malaysia dan Indonesia sengaja dilaga-lagakan oleh pihak tertentu yang bimbang kedua-dua negara itu boleh menjadi kuasa berpengaruh di rantau ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Katanya, pihak ini bertindak mengadu domba untuk menyekat kemajuan pesat Malaysia yang semakin menghampiri matlamat untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 10 tahun lagi.

"Memanglah, kalau kita baca laporan akhbar mengenai tindakan mereka, kita naik panas tetapi kita kena sabar dengan tindakan ini," katanya di majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ledang di Masjid Datuk Abdul Ghani di malam tadi.

Beliau turut membidas tindakan pembangkang yang sanggup memburukkan imej Malaysia di luar negara semata-mata kerana mahu berkuasa.

Katanya, ini berbeza dengan anggota pembangkang negara lain yang sayang pada negara sendiri.

"Mereka gambarkan pemerintah Malaysia seperti Taliban, sistem kehakiman tidak telus dan rasuah, polis digambarkan begitu buruk dengan menggunakan istilah-istilah yang begitu hina yang boleh menyebabkan ramai pelabur tak mahu melabur di negara ini," katanya.

Sungguhpun demikian, kata Mukhriz, pelaburan asing di negara ini telah mencecah RM5.6 bilion pada tiga bulan pertama tahun ini iaitu bersamaan dengan keseluruhan pelaburan sepanjang tahun 2009.

Beliau yakin peningkatan jumlah pelaburan asing itu pada tahun ini akan lebih pesat lagi ekoran beberapa langkah termasuk usaha liberalisasi dasar pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan. - Bernama

2 comments:

  1. memang itu yang dimahukan oleh musuh negara.

    ReplyDelete
  2. Siapa lagi kalau bukan Sinkpork..

    1. Thailand baju merah & kuning kedua2nya ditaja Sinkpork..krn isu membeli/(forced tookover) syer syarikat2 gergasi telekom di Thai.

    2. ekonomi perlabuhan/servis di ambil alih Malaysia, ekonomi perkilangan oleh China, ekonomi reseller/hub di uruskan secara direct (teknologi internet/ video conference), ekonomi buruh Vietnam, ekonomi hightech- singapork masyarakat robot tak kreatif,

    3. Apa yg tinggal? ekonomi perjudian (persundalan mcm Las vegas) & ekonomi menguasai ekuiti serantau (jewish style kononnya) dgn mengkucar-kacir GLC, ,ulti nasional & big conglomerate..

    4. pendek kata pusat capital serantau..Malangnya depa dahlah tidak sepintar Yahudi tetapi lebih tamak & tidak mampu memberi faedah kpd rakyat setempat..Orthodox Jew sekurang2nya melabur Intel di Malaysia..'Made In Malaysia' tertera pada processor komputer diseluruh dunia.

    5. pd tahun 2000 sinpork membeli syer telco di Australia untuk mengetahui/ mind bypass Australian..tp sampai sekarang tiada hasil..Otak Caucasian terlalu sukar dikuasai agaknya maka hala tuju mereka menguasai Asia Tenggara.

    6. Survival issue..dgn harapan mereka jadi jew in the east, bijak, menguasai pelaburan (halatuju negara2 sekeliling) & semua rakyat Asia tenggara menjadi buruk kasar (hamba) kpd penganut agnostic Leekwanyewnism.. yg mensyaratkan kecinaan moden.

    ReplyDelete