Posted on May 23, 2011, Monday
MUKAH: Sambutan hari lahir ke-75 Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Suarah Mesra, di sini pada malam Sabtu lalu berlangsung dalam suasana meriah.
Hadir sama meraikan hari bersejarah itu ialah Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan tiga anak beliau Jamilah Hamidah, Dato Sri Mahmud Abu Bekir serta Datin Hanifah Hajar.
Bagaimanapun, anak ketiga beliau yang juga mantan Timbalan Menteri Pelancongan Dato Sri Sulaiman Rahman tidak kelihatan dalam keramaian itu.
Adik-beradik beliau, ahli keluarga terdekat, menteri-menteri kabinet negeri dan persekutuan serta wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) turut menghadiri keraian itu.
Majlis warna-warni yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu diserikan lagi dengan persembahan Datuk Aziz Sattar, Kuswadinata, Azlina dan Liza Aziz serta artis-artis tempatan.
Mahmud Abu Bekir dalam ucapan penghargaannya menyifatkan bapa beliau adalah tokoh yang mengabdikan diri untuk agama, bangsa dan negara, namun tidak pernah meminggirkan tanggungjawab selaku ketua keluarga.
Sementara itu, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad pula mengibaratkan Taib pemimpin terbilang yang tiada bandingan dalam lipatan sejarah negeri ini.
No comments:
Post a Comment