Tuesday, May 24, 2011

Taib Ketua Menteri yang sah

by Patricia Gari. Posted on May 24, 2011, Tuesday


ASFIA
Pihak yang kalah tiada kuasa minta pihak menang supaya meletak jawatan: Speaker DUN
KUCHING: Isu mendesak  Ketua Menteri Pehin Sri  Abdul Taib Mahmud meletak  jawatan tidak timbul sama  sekali kerana dari segi undang-  undang beliau sah sebagai  Ketua Menteri Sarawak,  kata Speaker Dewan Undangan  Negeri (DUN) Dato Sri  Mohd Asfia Awang Nassar.

Bercakap pada sidang media  di sini semalam beliau berkata,  dalam negara yang mengamalkan  proses demokrasi berparlimen  pihak yang kalah pada pilihan  raya tiada hak dan kuasa  untuk meminta pihak yang  menang terutama dalam pilihan  raya demokrasi, bebas dan  adil agar meletak jawatan.
“Dalam pilihan raya yang  berasaskan ‘Westminster Parlimentary  Model’, pertama seseorang  itu mesti melalui pilihan  raya terutama apabila kemenangan  mencapai kejayaan  100 peratus oleh parti diwakilinya  (ketua menteri) dan lebih  dua pertiga daripada keseluruhan  pembentukan undang-undang.
“Kita mesti tahu membezakan  demokrasi berparlimen  dengan sistem presiden Amerika  Syarikat (AS) yang berdasarkan  (satu lawan satu) undi popular.
Malah kalau undi popular  diambil kira Barisan Nasional  (BN) tetap memenangi pilihan  raya di sini,” jelasnya.
Menjelas lanjut mengenai  perkara itu Asfia berkata, pilihan  raya negeri 2011 merekodkan  55.3 peratus undi popular  untuk BN yang memenangi 55  daripada 71 kerusi yang ditandingi.
“Proses demokrasi ini telah  diterjemahkan kepada kerusi  dan perwakilan dalam DUN.
Begitu juga kesnya dengan Negeri  Sarawak,” katanya sambil  menambah demokrasi berparlimen  diamalkan di United  Kingdom dan semua negara  Komanwel.
Mengenai pelan peralihan  kuasa ketua menteri, beliau berkata  Taib selaku presiden parti  dominan Parti Pesaka Bumiputera  Bersatu (PBB) seharusnya  mengadakan mesyuarat  dengan jawatankuasa organisasi  parti untuk membuat rancangan  dan keputusan.
Jawatankuasa organisasi itu  katanya terdiri daripada Ahli  Dewan Undangan Negeri, Ahli  Parlimen dan Senator.
“Taib (selaku pengerusi BN  negeri) juga perlu merujuk  perkara itu kepada semua parti  komponen BN sebelum memaklumkan  pilihan (pengganti)  mereka kepada Yang di-Pertua  Negeri (TYT).
Semua ini  tertera dalam Perkara 15, Perlembagaan  PBB,” jelasnya.
Asfia berkata menerusi prosedur  itu TYT boleh mempratikkan  hak keistimewaannya di  bawah Perkara 6 (3) (a) perlembagaan  parti, melantik ahli  dewan yang pada penilaian beliau  berupaya mendapat keyakinan  majoriti ahli Dewan sebagai  ketua menteri.
Beliau berkata demikian sebagai  mengulas tindakan Movement  of Change Sarawak  (MoCS) mendesak Taib meletak  jawatan serta cadangan  satu kumpulan yang menggelar  diri mereka sebagai Kelab A-1  agar Timbalan Ketua Menteri  Datuk Patinggi Tan Sri Alfred  Jabu Numpang sebagai pengganti  Taib.
Menyentuh tentang rancangan  Pengerusi MoCS, Francis  Siah yang berhasrat mengadakan  demonstrasi besar-besaran  di bandar raya ini sekiranya  Taib tidak mengundur diri,  Asfia berkata usaha itu jelas  melanggar undang-undang.
“Apabila anda mahu membawa  orang luar pada jumlah  yang besar memasuki Sarawak,  anda dengan terang-terangan  telah melanggar undang-undang  di bawah Seksyen 65, 66 dan 66  Akta Imigresen 1959/63.
“Membawa sekumpulan individu  memasuki negeri ini  untuk menjalankan aktiviti  yang boleh menimbulkan  kekecohan dan menjejaskan  keamanan, adalah kesalahan  yang berat,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment